Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Tingkatkan kawalan kesihatan di penempatan kawasan banjir

Jun 23, 2020

Kuala Lumpur, 23 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini melahirkan rasa bimbang terhadap beberapa kawasan berisiko banjir. Proses pemindahan dan bantuan yang dilakukan perlu dipantau dan dikawal sebaiknya untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.

“Memandangkan beberapa daerah di Johor dilanda banjir, kerajaan persekutuan perlu tingkatkan kawalan kesihatan di beberapa kawasan seperti Muar, Batu Pahat dan Pontian. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika amalan penjagaan dan pencegahan penyakit tidak dipantau ketika musim ini. Terutamanya ketika negara masih lagi dalam proses pemulihan Covid-19.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Biarpun semua negeri terbabit disarankan mengambil langkah berhati-hati dalam operasi pemindahan, dan menyelamat mangsa banjir. Amalan yang diperuntukkan dalam SOP tetap perlu diperkasakan dari masa ke semasa. Ini demi membendung penularan penyakit berjangkit lain dalam masa yang sama di pusat penempatan mangsa banjir dan sebagainya.”

Di samping itu, selain perlu amalkan penjarakan sosial dalam aktiviti menyelamat. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai juga mengesyorkan saringan Swab Test Covid-19 perlu dilakukan pada mangsa banjir dan petugas berkaitan supaya dapat memantau penularannya jika terdapat jangkitan sporadik.

Manakala untuk petugas barisan hadapan yang terlibat dalam operasi terbabit, mereka diingatkan untuk kekal amalkan penjagaan kesihatan seperti pemakaian topeng muka, penggunaan sanitizer dan penjarakan sosial. Ini demi mengelakkan berlakunya pertambahan kluster dalam tempoh PKPP secara tidak sengaja.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi