Berita Gerakan

Tukar kulit buku Gerakbudaya atau henti terbitannya

Jun 30, 2020

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengesyorkan supaya penerbitan buku Gerakbudaya oleh Chong Ton Sin ditukar dengan kulit buku baharu atau hentikan pengeluarannya demi menghormati kesucian Jata Negara.

Selain mahu mengelakkan lebih banyak tafsiran, penerbitannya mampu mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya penerbit tidak mempunyai niat untuk mencemar Jata Negara. Malah terbitan kulit buku tersebut dipercayai diterbitkan berdasarkan karya yang dihasilkan dan pernah dipamerkan di sebuah Galeri Seni bertempat di Kuala Lumpur pada 6 tahun yang lalu.

“Oleh itu, memandangkan beliau telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya biar pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis yang diterima sejak kelmarin.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga berpendapat, buku tersebut perlu ditukar kulit bukunya jika pihak penerbit mahu karyanya terus dibaca dan dijual kepada orang ramai. Malah menasihatkan supaya semua penerbit buku tidak menggunakan karya yang boleh dikaitkan dengan perkara sensitif sebagai hasil terbitan bacaan untuk rakyat.

SUMBER: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pegawai Media Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Nama: Encik Andrew Chin
Tel: 0122863986