Berita Gerakan

Tun M perlu berhenti timbulkan masalah – Dominic

Mei 21, 2020

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya berhenti daripada niatnya untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia bakal menimbulkan masalah.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Perdana Menteri kelapan itu harus diberi laluan untuk menerajui kepimpinan negara dengan tidak perlu dipersoalkan kredibilitinya.

Ini kerana menurut Dominic, Muhyiddin dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong serta mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Selain beranggapan perlu memberi laluan, Dr. Mahathir juga perlu memberi masa kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggalas portfolionya dengan baik sehingga menjelang PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang.

“Situasi semasa kini bukan masa yang sesuai untuk mempertikaikan kewibawaan pemimpin, sebaliknya kerajaan perlu fokus terhadap pembangunan ekonomi dan kestabilan negara yang sangat mendambakan perhatian dalam kalangan menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya pemimpin politik memberi tumpuan untuk membangunkan negara dan mengetepikan soal perebutan kuasa dan niat untuk menjatuhkan pemimpin dalam kerajaan sedia ada.

Dominic turut melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan Dr Mahathir menerusi wawancara sidang video dengan Reuters semalam berhubung perkara tersebut.

Mengulas lanjut, Dominic menegaskan, agar pemimpin semua parti politik memanfaatkan peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak berpolitik secara ekstrem lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Ujarnya, semua pemimpin perlu berhenti menimbulkan kontroversi yang boleh mengganggu tugas Perdana Menteri kerana perkara itu akan menjejaskan imej dan perkembangan ekonomi negara.

Dr Mahathir dalam temubual dengan Reuters berkata, beliau tidak akan berhenti cuba untuk menjatuhkan Muhyiddin yang disifatkan telah menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi