Berita Gerakan

Tuntut kerusi PAS: Gerakan kata bukan masa bincang soal kerusi

Feb 16, 2021

Parti Gerakan menyelar kenyataan pemimpinnya di Kelantan yang meminta PAS menyerahkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong berkata kenyataan yang dikeluarkan pembantu setiausaha Gerakan Kelantan, Gan Thuan Bun adalah sesuatu yang mengejutkan.

Kenyataan media Gan meminta PAS memberi satu kerusi DUN kepada Gerakan khususnya di DUN Kota Lama.

“Kenyataan media tersebut agak mengejutkan semua pihak di mana ia di luar jangkaan dan pengetahuan pusat.

“Kenyataan tersebut memang akan memberi kesan negatif kepada hubungan silaturahim parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Masih awal lagi untuk membincangkan sebarang isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya dan perkara itu perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat parti. Jangan cetuskan kontroversi,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu NST melaporkan Gerakan Kelantan mahu bertanding di kerusi sekutunya PAS di DUN Kota Lama, yang dipegang parti Islam selama lebih dari dua penggal.

Gan berkata, Gerakan yang baru saja bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen gabungan itu, berkata ini kerana kerusi berkenaan adalah majoriti pengundi Cina.

Kerusi itu kini dipegang oleh Anuar Tan Abdullah dari PAS.

Jelasnya, bahawa agenda utama Gerakan dan PN adalah menjaga kebajikan rakyat dan membantu untuk memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin.

“Sekarang bukanlah masa untuk membincang pengagihan kerusi dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ketika ini kita semua harus fokus dan beri keutamaan untuk menangani wabak Covid-19 dan merangka pelan pemulihan pasca pandemik,” katanya.

Katanya, Gerakan bersama dengan parti dalam PN akan berusaha memastikan keadaan negara pulih sepenuhnya, ini termasuk kesejahteraan rakyat.

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi