Berita Gerakan

Ubah sikap, patuh SOP jika mahu balik raya di kampung

Mac 31, 2021

TAHUN lepas kita tidak dibenarkan rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri di kampung kerana COVID-19.

Kita kena sedar COVID-19 lebih mudah berjangkit dan berbahaya berbanding influenza lain, malah mampu membawa maut. Pesakit pulih pun masih menanggung kesan seperti sakit dada dan ambil ubat berterusan.

Banyak kes sebenarnya kita tidak sedar pun sudah ada virus COVID-19 dalam komuniti.

Kita dalam diam mungkin sudah dijangkiti dan menjangkiti orang lain tanpa sedar kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti bersentuhan dan berpelukan.

Sejak kita berusaha mengimbangi ekonomi, kehidupan, pendidikan dan kesihatan, banyak kes sporadik berlaku di tempat kerja.

Ini semua berlaku tanpa kita sedari seperti pembawa virus yang sihat dan tiada gejala, balik ke rumah atau kampung halaman, tetapi menyebabkan berlaku kes sporadik.

Keadaan ini akan terus merebak jika kita tak hadkan pergerakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kita ambil contoh kes di Kelantan meningkat kerana banyak berpunca majlis kenduri dan keramaian, iaitu 426 kes sehari pada 28 Mac lalu.

Apabila sudah dibenarkan, ramai menganjurkan majlis kenduri dan keramaian hingga aktiviti bertemu muka, bersalaman, berpelukan dan bersentuhan berlaku.

Di Terengganu umpamanya, ada kes berpunca aktiviti balik kampung untuk menziarahi datuk sakit. Ia mulia dan baik, tetapi tidak bermakna kita bebas daripada dijangkiti virus.

Aktiviti berlaku penuh emosi seperti bersalaman, berpelukan, bercium, cakap dekat dan tidak pakai pelitup muka serta lalai membersihkan diri. Akibatnya, anak cucu dan saudara-mara semua terkena jangkitan.

Dari segi sains kesihatan, mudah sahaja untuk kita bendung penularan ini. Kita sudah guna formulanya, iaitu kalau tiada sebarang keperluan penting atau mendesak, duduk di rumah. Mungkin kita terasa bosan, tetapi ia formula paling berkesan untuk menghentikan penularan.

Tidak lama lagi kita akan bertemu Ramadan. Sudah kedengaran masing- masing mahu tunaikan solat tarawih dan pulang ke kampung halaman.

Kita boleh balik kampung tetapi mulai sekarang semua mesti guna formula diberi pakar kawalan penyakit berjangkit atau diingatkan Ketua Pengarah Kesihatan setiap hari.

Kalau mahu balik raya, usaha ini bukan dipikul barisan hadapan sahaja, sebaliknya semua kena berperanan. Dengarlah pandangan penasihat dan pakar kesihatan.

Pakar sudah sebut aktiviti rentas negeri tidak boleh dibenarkan jika berpandukan jumlah kes harian sekarang.

Cuba kita pandang negara jiran Indonesia. Sejak awal-awal lagi mereka ingatkan tiada aktiviti rentas negeri dan tiada siapa boleh balik kampung.

Namun di negara ini, nampaknya ada masih cuba berbincang untuk mengizinkan rentas negeri supaya dapat menyambut hari raya di kampung.

Sebagai rakyat waras dan tidak bersandarkan emosi, manakah paling utama antara kesihatan diri dan nyawa atau makan ketupat rendang di kampung halaman?

Virus COVID-19 tetap bahaya hingga kita perlu ada formula menghalang jangkitannya. Formula sudah di tangan.

Kalau masih ingin balik kampung Aidifitri nanti, tunggu kes turun dan mendatar. Sebaiknya kes harian di bawah 100, bukannya di bawah 1,000 kes sehari.

Jadi kita masih ada masa lebih kurang sebulan setengah lagi untuk mengikut dan menerima nasihat saintifik ini untuk diamalkan bersama, sekali gus menurunkan jumlah kes harian.

Apabila kes mula menurun dan mendatar, bolehlah pemimpin dan pakar kesihatan mencadangkan aktiviti balik kampung dan rentas negeri.

Jika masing-masing boleh amalkan, ia jadi budaya berpanjangan. Sebabnya, walaupun sudah ada vaksin, penyakit tetap ada di sekeliling kita.

Jika mahu balik raya di kampung dan rentas negeri, maka jawapan dan tindakannya ada pada diri kita masing-masing.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi