Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Wajibkan pemakaian topeng muka kepada pelajar

Jun 11, 2020

Kuala Lumpur, 11 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyokong keputusan kerajaan membenarkan sesi persekolahan untuk pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM dan peperiksaan antarabangsa dimulakan secara berperingkat bermula 24 Jun ini. Sesi pembelajaran tersebut bukan sahaja perlu mematuhi garis panduan, tetapi harus ditambah baik dengan mewajibkan pemakaian topeng muka dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah.

Saranan ini merupakan langkah asas untuk mengelakkan penyebaran air liur, sentuhan dan sebagainya berlaku dalam sesi pembelajaran tanpa sengaja. Selain dapat mencegah, ianya dapat mengekalkan tahap displin penjarakan sosial dan amalan pencegahan yang lebih berkesan ketika berada di dalam kelas.

“Biarpun garis panduan yang diperuntukkan seperti pengukuran suhu badan telah dilakukan dan dikuatkuasakan, penggunaan topeng muka harus diwajibkan terutamanya bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah yang akan mula bersekolah secara berperingkat pada masa akan datang. Ianya sejajar dengan misi kerajaan untuk mengurangkan risiko mudah jangkit dalam kalangan kanak-kanak.”

“Selain mahu menggalakkan murid-murid mengamalkan amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan, tindakan ini dapat meningkatkan kesedaran amalan pencegahan penyakit berjangkit dalam negara”.

Beliau yang ditemui berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Amalan pemakaian topeng muka walaupun dilihat akan merimaskan pelajar mahupun kanak-kanak, namun ianya harus dipraktikkan demi kepentingan bersama.”

Oleh yang demikian, Gerakan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan saranan tersebut dalam usaha memutuskan rantaian pandemik ini. Dengan kesempatan ini, Gerakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus selama hampir 3 bulan berjuang untuk melawan pandemik ini. Jasa kalian sungguh bermakna buat kami.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi