Berita Gerakan

Wanita jadi mangsa dera kekasih hidup dalam ketakutan

Nov 2, 2020

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa dera kekasih selain dituduh gila serta mendera anak sendiri sehingga anak perempuannya yang berusia lima tahun terpaksa tinggal di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mangsa dikenali sebagai Rajes berusia 40 itu berkata, walaupun tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas kekasihnya berumur 38 tahun, namun dia mengalami trauma dan hidup dalam ketakutan.

Mereka berdua berkenalan melalui kawan ketika lelaki itu sedang mencari pekerjaan kira-kira Mac tahun lalu dan hubungan semakin rapat dan tinggal serumah.

“Dia mula bertindak kasar pada Mei lalu yang bukan hanya kepada saya tetapi juga anak saya. Saya menjadi mangsa seks selain dikurung di dalam rumah sehingga pernah beberapa hari tidak makan.

“Selain dipukul sehingga alami lebam, saya juga pernah dicederakan di bahagian tangan menggunakan kaca, jari anak saya terpaksa dipotong kerana luka disebabkan kekasaran dia lakukan,” katanya.

Rajes berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri wakil peguam, S Sumathi dan Ketua Biro Aduan Parti Gerakan Selangor, Andy Lieng Hwa Ching di pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Taman Kinrara di sini hari ini.

Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian sudah dibuat beberapa kali, namun tindakannya itu tidak membantu kerana dirinya dikatakan gila dan memiliki kad psikiatri.

“Saya tak gila, doktor kata saya tak memiliki simptom tersebut tetapi saya dipaksa jalani pemeriksaan kerana dia menuduh saya alami masalah mental sehingga mencederakan anak.

“Sehingga sekarang hubungan saya dengan anak baik-baik sahaja, hari-hari saya hubunginya untuk berbual dan setiap kali itu juga anak saya meminta saya mengambilnya mahu tinggal bersama.

“Kes saya disiasat bawah isu rumah tangga dan polis meminta saya selesaikannya bersama pasangan,” katanya.

Katanya, tujuan sidang media itu dibuat pada hari ini bagi membersihkan namanya dan mengharapkan pembelaan yang sewajarnya.

“Saya mahukan keadilan, perlindungan dan mahu tindakan diambil ke atas lelaki ini. Walaupun saya berjaya melarikan diri, namun saya masih diganggu menerusi panggilan telefon dan menerima ugutan.

“Sehingga kini sijil kelahiran anak, sijil-sijil saya serta Ipad saya masih di tangannya. Dia kata akan serahkan kepada saya jika saya kembali dengannya, tapi saya tahu saya akan terus menjadi mangsa deranya,” katanya.

Sementara itu, Andy berkata, beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh ke atas laporan yang dibuat mangsa.

“PGRM sedia membantu mangsa menggunakan saluran yang perlu namun yang penting adalah supaya kes ini disiasat. Kes ini serius kerana melibatkan ugutan dan kecederaan ke atas mangsa, ” katanya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi