Berita Gerakan

WAWANCARA l Menang dulu baru bicara siapa jadi KM, kata Gerakan

Jul 26, 2023

WAWANCARA l Perikatan Nasional memutuskan untuk tidak menamakan calon ketua menteri Pulau Pinang bagi mengelak konflik dalaman, kata presiden Gerakan Dominic Lau.

Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini, baru-baru ini, Lau berkata Gerakan pernah melalui konflik ini pada 2008 dan telah diberi amaran oleh sekutunya supaya tidak mengulanginya.

“Pada masa itu, ada pemimpin Gerakan yang berebut jawatan ketua menteri sebelum rakyat memilih kerajaan.

“Ini (sekarang) adalah pantang. Kita tidak mahu ulanginya. Saya tidak akan umumkan calon. Kita akan dapatkan mandat rakyat dahulu kemudian baru kita akap,” katanya.

Sebelum pilihan raya 2008, presiden Gerakan ketika itu, Koh Tsu Koon mengumumkan hasratnya untuk berundur  sebagai ketua menteri. Ini menyebabkan pertelingkahan antara empat calon – Teng Hock Nan, Lee Kah Choon, Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow.

Pada pilihan raya itu, setiap calon Gerakan di Pulau Pinang gagal memenangi kerusi mereka, menandakan permulaan kemerosotan parti itu.

Justeru, Lau berkata kepimpinan PN setakat ini tidak membincangkan sebarang calon untuk menerajui Pulau Pinang.

Ini adalah sebaliknya berbanding DAP yang telah menamakan Chow Kon Yeow untuk terus memegang jawatan ketua menteri.

Di sebalik keputusan meletakkan kebanyakan calon Gerakan di Pulau Pinang, Lau secara mengejutkan memaklumkan bahawa negeri itu adalah paling rendah dalam senarai keutamaan PN.

“(Strategi) kita ialah ‘kekalkan tiga, menang tiga’. Kita nak kekalkan tiga negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Kemudian, kita akan tawan tiga yang lain itu.

“Antara tiga negeri yang kita sasarkan untuk menang, Selangor di tempat pertama, diikuti Negeri Sembilan dan kemudian barulah Pulau Pinang,” katanya.

Pulau Pinang pernah menjadi kubu kuat Gerakan dan parti itu pernah memimpin kerajaan negeri itu dari 1969 sehingga 2008.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan Gerakan meletakkan sebahagian besar calonnyadi 19 daripada 36 kerusi DUN di Pulau Pinang.

Lau berkata di sebalik hasil tinjauan menunjukkan bahawa PN mula mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu, termasuk di Pulau Pinang, kemenangan PN di negeri tersebut masih mencabar.

Lau, yang merupakan anak jati Pulau Pinang, berkata pengundi perlu mempertimbangkan segala janji-jani yang dimungkiri oleh kerajaan negeri sejak 2008.

“Di Pulau Pinang, mereka banyak berjanji tetapi tidak menunaikan langsung. Masih berlaku kesesakan lalu lintas, air minuman tidak cukup dan ada rakyat tidak mampu beli rumah.

“Kerajaan Pulau Pinang tidak berkhidmat kepada orang Pulau Pinang. Mereka berkhidmat kepada warga asing. Kenapa? Kerana hanya warga asing yang mampu memiliki harta di Pulau Pinang.

“Dalam tempoh 15 tahun, mereka tidak melakukan apa-apa,” kata Lau.

Lau seterusnya memberi contoh tentang janji DAP untuk memansuhkan plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth yang masih belum ditunaikan sejak 2008.

“Mereka hadapi buntu. Mereka tidak dapat selesaikannya; mereka hanya tahu untuk menebus semula tanah.

“Kita ada tanah yang luas di tanah besar. Daripada membangunkannya, mereka memilih untuk menebus  semula tanah. Saya percaya semua orang tahu sebab di sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri berkata ia tidak boleh memansuhkan plaza tol Sungai Nyior kerana ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Sebaliknya, kerajaan negeri membina Jalan Bagan 29 pada 2012 sebagai laluan alternatif untuk penduduk tempatan memintas pondok tol.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi