Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Zairil bohong isu pembinaan Jalan Pintasan Air Itam, dakwa Gerakan P.Pinang

Jan 3, 2022

GEORGE TOWN – Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berbohong berhubung perkembangan pembinaan projek Jalan Pintasan Air Itam ke Lebuh Raya Lim Chong Eu (Pakej 2).

Jelas beliau, Zairil sebelum ini mendakwa kemajuan pembinaan Pakej 2 untuk Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong Dasar Laut telah mencapai 8 peratus.

“Majlis pecah tanah projek jalan pintasan itu diadakan pada akhir tahun 2019, tetapi tiada sebarang perkembangan selepas itu.

“Jadi kita mahu Zairil bawa Parti Gerakan untuk membuat tinjauan kerja pembinaan jalan pintasan itu sekali gus membuktikan beliau tidak berbohong,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Tong Keong berkata, pada awal tahun 2019, Consortium Zenith Construction (CZC) telah menganugerahkan kontrak pembinaan Pakej 2 kepada Buildmarque Contruction Sdn Bhd, iaitu satu syarikat usahasama antara Vertice Bhd dan Vizione Holdings Bhd.

“Disebabkan beberapa syarat tidak dapat dipenuhi maka kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membuat penamatan bersama bagi kontrak itu. Sebelum ini, Zairil mengatakan bahawa penamatan kontrak itu tidak mempunyai kesan terhadap pelaksanaan Pakej 2 kerana kerja-kerja pembinaan telah dimulakan oleh CZC sendiri.

“Persoalannya, mengapa CZC sehingga kini tidak memulakan sebarang kerja pembinaan. Kerja pembinaan untuk Pakej 2 itu telah ditangguhkan sejak tahun 2013 sehingga kini, bilakah jalan utama itu akan siap dibina?

“Kami gesa kerajaan negeri memberi penjelasan terperinci mengenai kemajuan projek Pakej 2 ini,” ujar Tong Keong. – MalaysiaGazette

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi