Berita Gerakan

200 duta: Cadangan KPKT membazir dana awam

Jun 18, 2024

KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menubuhkan pasukan 200 duta dalam talian yang dikatakan untuk menyampaikan maklumat sahih dan mengatasi fitnah.

Naib Presiden PUTRA, Datuk Asmawar Samat berkata, bantahan parti itu sejajar dengan kritikan keras Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau yang menganggap tindakan KPKT tersebut sebagai satu pembaziran dana awam yang serius dan tidak menepati keperluan rakyat kerana akan menekan kebebasan bersuara.

Menurutnya, lebih baik berterus terang sahaja dengan menyatakan ia adalah agenda pihak tertentu untuk memperkasakan kedudukan kerana sekarang ramai kartel dan perasuah berselindung di sebalik kuasa penguatkuasaan.

“Bukankah agensi-agensi di bawah KPKT berhadapan dengan permasalahan besar isu intergriti melibatkan salah guna kuasa dan rasuah sekarang ini?” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Biro Membasmi Kemiskinan, Pertanian dan Aduan Awam PUTRA, permasalahan seperti ini sepatutnya dibanteras oleh agensi siasatan bebas seperti Ombudsman yang masih dalam cadangan untuk ditubuhkan dalam tempoh terdekat, bukannya penubuhan pasukan ‘cybertrooper’ yang nantinya umpama mahu menegakkan benang yang basah.

Media tempatan pada 4 Jun lalu melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menyatakan hasrat penubuhan Ombudsman Malaysia yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua agensi kerajaan termasuk badan-badan penguatkuasa untuk mengatasi permasalahan kelemahan pentadbiran dan ketirisan.

Oleh yang demikian, menurut Asmawar lagi, Menteri KPKT, Nga Kor Ming secara sedar atau tidak dapat dilihat telah tersalah bertindak secara silo yang boleh dianggap membelakangi aspirasi kerajaan Madani yang disertainya dan kesejahteraan rakyat.

“Sebelum ini semasa zaman BN ada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sekarang zaman PH ada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), tidak cukup lagi ke membazir wang rakyat? Ini semua untuk melaksanakan agenda politik parti yang menggunakan dana kerajaan yang merupakan (duit) rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2024

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi