Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

MESEJ
SETIAUSAHA
AGUNG
MULA

Mak Kah Keong Saya, sebagai Setiausaha Agung GERAKAN yang baharu, ingin menegaskan betapa pentingnya untuk kita berpegang teguh kepada nilai-nilai Parti GERAKAN dan tidak pernah berputus asa dalam usaha merapatkan jurang yang semakin melebar antara rakyat Malaysia akibat tidak sefahaman dalam isu-isu perkauman dan agama. Oleh itu, kepemimpinan baharu menekankan bahawa kami akan terus komited dan bertekad untuk bekerjasama dengan ahli-ahli Parti GERAKAN dalam merangka hala tuju baharu serta sama-sama memperbaharui kegemilangan parti sebagai sebuah keluarga politik. Kami berkongsi aspirasi dan misi untuk mengembalikan GERAKAN ke zaman kegemilangannya. (Setiausaha Agung Gerakan) Laman web ini adalah platform rasmi GERAKAN untuk berkomunikasi dengan semua rakyat Malaysia seiring dengan matlamat GERAKAN untuk membuka lembaran baharu Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ianya akan berfungsi sebagai platform interaktif untuk mengongsikan maklumat parti berkaitan perjuangan, visi dan misi serta program dan aktiviti GERAKAN.

Selepas PRU14 yang mengecewakan, GERAKAN telah memutuskan untuk meninggalkan amalan dan mentaliti lama. Kami berikrar untuk memulakan semula GERAKAN dengan pegangan, harapan dan tenaga yang diperbaharui. Kami menyedari bahawa sekalipun usaha sehabis baik telah dilakukan untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, ianya tidak mencukupi.
Sebagai Setiausaha Agung GERAKAN Baharu Selamat Datang Ke Parti Gerakan Rakyat Malaysia