Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

MESEJ
PRESIDEN
MULA

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai Ini juga merupakan satu peluang untuk memulakan perjalanan baharu di samping Malaysia Baharu sebagai sebuah parti 'GERAKAN Baharu'. Perlembagaan parti ini akan menjadi tulang belakang perjuangan dan pegangan kita yang tidak pernah goyah, kita akan terus berjuang demi Malaysia Baharu yang bersatu hati dan tidak akan mengabaikan mana-mana rakyat Malaysia.

Pendekatan dan mentaliti lama mestilah digantikan dengan kaedah baharu seiring dengan GERAKAN Baharu. Sudah tentu akan ada pelbagai cabaran mendatang yang harus kita tempuhi namun saya percaya bahawa semangat GERAKAN 'Satu Hati' tidak akan goyah dan kita tidak akan pernah berputus asa untuk meneruskan perjuangan ini.
(Presiden Nasional) Sebagai Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli parti yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Parti GERAKAN sebagai Presiden bagi penggal ini. GERAKAN bermula sebagai satu GERAKAN politik pada tahun 60an ketika rakyat menuntut keadilan, kesaksamaan dan kesederhanaan daripada pemerintah pada masa itu.

GERAKAN politik tersebut akhirnya membawa kepada suatu kejayaan dengan penubuhan sebuah parti politik secara rasmi pada tahun 1968 yang berjaya memenangi beberapa kerusi termasuk membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Revolusi Sebagai Presiden