Berita Gerakan

PN tawaran baharu rakyat

Mac 13, 2021

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu kepada rakyat yang akan terus kekal untuk tempoh panjang selain diyakini akan menjadi gabungan parti politik pilihan utama.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik berkongsi aspirasi negara bagi generasi akan datang dan mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan berdaya saing.

“Kita komited mentadbir negara dengan berintegriti dan berwibawa demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat keseluruhan. Saya percaya sokongan rakyat kepada PN akan lebih terserlah dan kukuh apabila kita terbukti berjaya melaksanakan segala janji dan komitmen untuk rakyat.

“Saya yakin dengan kesungguhan kita memenuhi aspirasi rakyat untuk Malaysia lebih baik serta kesatuan dan perpaduan yang kita capai antara parti-parti komponen, PN akan menjadi gabungan parti politik pilihan utama rakyat Malaysia,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) secara dalam talian semalam.

Muhyiddin selaku Pengerusi PN berkata, gabungan parti kerajaan itu berperanan penting mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum dalam negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran dan menegakkan kedaulatan undang-undang kerana ia merupakan tunjang pembentukan gagasan politik berkenaan.

“Dengan itu, marilah kita bersama-sama merapatkan saf dan memperkukuhkan gerak kerja sehingga ke peringkat akar umbi bagi merangka formula terbaik demi kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat .

“Apabila kita bersatu hati dan mencapai kestabilan politik yang utuh, segala inisiatif untuk memulih dan membangunkan ekonomi negara akan lebih mudah kita laksanakan,” katanya.

Selain itu, kata beliau, Malaysia perlu ditadbir dengan penuh amanah dan berintegriti berteraskan prinsip tadbir urus yang baik serta kedaulatan undang-undang untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Jelas beliau, antara prasyarat penting menarik pelabur ialah mengekalkan kestabilan politik dan melaksanakan tadbir urus yang baik.

“Ini adalah antara faktor penting yang akan menarik lebih banyak pelabur untuk menanam modal di negara ini kerana mereka berasa lebih yakin bahawa pelaburan mereka adalah selamat dan terjamin,” katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, lkerajaan PN mampu mengisi harapan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah serta mewujudkan sebuah kerajaan prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

“Kerajaan ini berfungsi untuk mengurus pentadbiran negara dengan penuh amanah dan berintegriti, menterjemahkan prinsip kerajaan Prihatin Rakyat dengan melaksanakan pakej-pakej rangsangan ekonomi bernilai RM320 bilion dalam tempoh setahun yang lalu,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi