Berita Gerakan

PN pilihan terbaik rakyat termasuk kaum Cina – Gerakan

Mac 16, 2021

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kepemimpinan parti Gerakan menegaskan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah pilihan terbaik untuk rakyat termasuk masyarakat Cina selepas terbukti dapat menguruskan keselamatan kesihatan rakyat dan melaksanakan pelan pemulihan ekonomi akibat penularan COVID-19 serta menstabilkan politik akibat perbalahan dalam Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, PN meletakkan rakyat sebagai tonggak pembangunan negara serta mampu bertindak sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Pandemik COVID-19, katanya, mencetuskan satu tempoh waktu yang sangat sukar kepada semua sekali gus membantutkan pelaksanaan pembangunan mahupun pertumbuhan ekonomi negara.

“Tetapi kerajaan PN yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap berusaha memerangi COVID-19 dan membangunkan semula ekonomi negara kita dengan melaksanakan pelbagai polisi dan memberi bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang terjejas dengan teruk.

“PN juga berusaha mengembalikan kestabilan politik setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Dengan hanya kestabilan politik, negara kita baru boleh membangun,” katanya kepada Wacana.my ketika memberi maklum balas ucapan Perdana Menteri ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-49 Tahun 2020 parti itu, kelmarin.

Oh berkata, prestasi dan kemampuan PN jauh berbeza dengan kerajaan PH yang mengambil ringan dan mengabaikan soal pengurusan pandemik COVID-19 tetapi sebaliknya hanya memberi fokus agenda politik mereka.

“Perbalahan dalaman PH menyebabkan politik negara kita tidak stabil dan porak-peranda. PH hanya mementingkan kuasa dan kerusi mereka. Bukannya kebajikan dan keselamatan rakyat. Mereka yang menggadaikan keselamatan rakyat demi kepentingan diri sendiri. PH bukan suatu perikatan yang mementingkan dan mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, dasar PN yang prihatin rakyat membolehkan rakyat hidup dengan baik, selamat dan harmoni seterusnya negara boleh dibangunkan dan ekonomi dipulihkan.

“Dengan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara, kualiti kehidupan rakyat dapat dipertingkatkan. Sebagaimana rakyat serta komuniti bisnes lain, masyarakat Cina yang kebanyakan adalah peniaga dan usahawan yang mengharapkan ekonomi negara dapat dipulihkan.

“Jadi, dengan prestasi dan usaha yang dilakukan kerajaan PN ketika ini, seluruh rakyat harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada komitmen kerajaan PN,” katanya.

Oh menambah, antara komitmen awal itu ialah PN sebagai kerajaan yang berfungsi dan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum atau wilayah, selain menjadikan Malaysia negara yang stabil, aman, makmur iaitu sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.

“Komitmen PN juga ialah mewujudkan sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Dengan ini, saya berpendapat PN adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat Cina,” katanya.

Mengenai peranan Gerakan, beliau berkata penyertaan parti itu dalam PN akan memperkukuhkan gagasan itu sebagai sebuah gabungan parti politik yang mewakili pelbagai kaum, agama dan kawasan di negara ini.

Menurutnya, antara maklum balas yang diterima daripada perwakilan ke persidangan nasional Gerakan itu ialah harapan supaya ekonomi negara dan kestabilan politik di negara ini dapat dipulihkan.

Perhimpunan itu turut memutuskan 10 resolusi iaitu:

  • Keluhuran Perlembagaan diutamakan sebagai asas perpaduan negara;
  • Sokongan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin utama untuk membimbing negara memerangi pandemik COVID-19;
  • Rakyat dan kebajikannya perlu diutamakan serta penelitian berterusan perlu dilakukan oleh agensi berkaitan dalam usaha membekalkan kebajikan yang mantap;
  • Revolusi pendidikan dan kesaksamaan sebagai aset negara;
  • Perpaduan dan keharmonian nasional perlu diangkat untuk Malaysia yang gemilang;
  • Bantuan berbentuk sokongan dan kewangan kepada komuniti usahawan kecil dan sederhana dalam mengharungi kesan ketidaktentuan pandemik COVID-19;
  • Utamakan kaum wanita dan memperkasakan penglibatan wanita dalam urusan eksekutif negara;
  • Tiada yang tercicir, impak positif kepada semua melalui pemantapan pendekatan digital negara;
  • Kestabilan ekonomi agenda utama negara; dan
  • Rakyat Malaysia bersatu untuk negara yang tercinta ini.
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi