Berita Gerakan

300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan

Mac 24, 2021

IPOH: Seramai 300 bekas ahli PKR Ipoh Barat yang keluar parti tahun lepas, menyuarakan hasrat akan menyertai Parti Gerakan Rakyat (Gerakan).

Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 50 borang keahlian yang lengkap telah diserahkan kepada pihaknya hari ini.

“Difahamkan, seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh Barat akan menyertai Gerakan. Mereka sudah keluar dari parti itu sejak setahun lalu dan membuat keputusan untuk menyertai kami.

“Kami mengalu-mengalukan bukan sahaja dari PKR, tetapi semua parti yang berminat dengan misi dan hala tuju kami, kerana moto kami ialah ‘satu hati’,” katanya pada sidang media di Wisma Gerakan Ipoh, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, wakil bekas ahli PKR itu, Alfaizal Shahul Hamid, 44 tahun, berkata keputusan yang dibuat mereka itu adalah dengan rela hati dan tanpa sebarang tekanan mana-mana pihak.

“Saya menyertai PKR pada 2017. Selama empat tahun saya berada di parti itu, saya hanya nampak perebutan kuasa antara pemimpin. Mereka tidak mengendahkan masalah rakyat.

“Tambah lagi, apabila mereka menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kami melihat perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri, dan bukan untuk rakyat,” katanya.

Turut hadir, beberapa bekas ahli PKR yang lain.

Ujar Alfaizal lagi, selepas melihat keadaan itu, dia bersama ahli yang lain akhirnya mengambil keputusan untuk keluar parti tahun lalu.

“Selama setahun saya hanya memerhati perkembangan politik semasa dan mendapati Gerakan banyak membantu rakyat apabila ancaman COVID-19 melanda negara kita.

“Pada pandangan saya, Gerakan lebih fokus kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Jadi, saya serta bekas ahli PKR Ipoh Barat yang lain mengambil keputusan menyertai parti ini dan meneruskan perjuangan politik demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi