Berita Gerakan

Gerakan serah memorandum bantah projek terowong

Ogo 4, 2020

GEORGE TOWN: Selepas hampir sebulan berjalan dan ditandatangani lebih 1,000 orang, parti Gerakan hari ini menyerahkan memorandum bantahan projek kontroversi terowong dasar laut kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memorandum bantahan itu diserahkan Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti Gerakan negeri, Dr. Kiew Hen Chong kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Hen Chong berkata, pihaknya melancarkan petisyen secara online itu pada 9 Julai lalu bagi mengajak penduduk negeri ini menyatakan bantahan terhadap projek kontroversi terowong dasar laut menerusi laman sesawang http://chng.it/WgdTcddp.

Katanya, inisiatif itu saluran kepada penduduk negeri ini  melahirkan rasa tidak puas hati terhadap projek tersebut yang disifatkan tidak perlu dan satu pembaziran.

Beliau berkata, usaha itu juga bagi mendesak kerajaan negeri menjelaskan isu dan kontroversi melibatkan projek tersebut yang mencetuskan kebimbangan rakyat.

“Antara isu yang perlu dijawab adalah berkenaan laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama bernilai RM350 juta yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas.

“Apa yang menghairankan, pemaju telah mendapat keuntungan sebelum projek terowong itu dibina melalui pemberian tanah tambakan laut seluas 44 hektar bernilai RM2.8 bilion untuk membina projek perumahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hen Chong berkata, Gerakan negeri tidak menghalang pembangunan yang dirancang kerajaan negeri tetapi ia tidak boleh berkompromi dalam isu berkepentingan rakyat.

Katanya, projek terowong dasar laut jelas menimbulkan banyak persoalan meragukan termasuk penarikan diri sebuah syarikat pemaju di bawah konsortium berkenaan.

“Projek itu sehingga kini langsung tidak ada perkembangan tetapi sebuah syarikat pemaju terlibat sudah menarik diri, apakah nasib dan masa depan projek ini sebenarnya?” soal Hen Chong.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi