Berita Gerakan

Gerakan masih belum temui PM bincang soal kerusi

Jul 18, 2020

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masih berteka-teki dan enggan memberi bayangan tentang waktu yang sesuai untuk pihaknya mengadakan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, pihaknya belum berhasrat untuk berbuat demikian termasuk perbincangan mengenai kawasan dan kerusi yang akan ditandingi Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Buat masa ini, kita hanya membuatkan persiapan diri sendiri dahulu. Semua parti politik akan membuat persiapan sama iaitu melibat semula kawasan yang bakal ditandingi sama ada Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ketika ini, kita memang tumpukan kawasan yang kita nak tanding, malah kita pun dapat senarai nama telah dicadangkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

“Hari ini bacaan kita PRU15 akan datang itu memang rakyat atau pengundi itu akan pilih bukan sahaja parti tapi calon adalah sangat penting.

“Apa yang kita buat adalah kelayakan calon itu termasuk kelayakan akademik, profesion dan publisiti terutamanya bolehkah calon itu diterima oleh rakyat atau komuniti di kawasan yang mereka nak bertanding,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, hari ini.

Sementara itu, sebagai persediaan awal bagi menghadapi PRU15, Gerakan katanya akan turun padang dan menjalankan kaji selidik dalam kawasan yang sudah dikenalpasti untuk ditandingi wakilnya.

“Untuk mencapai KPI yang telah kita tetapkan dalam objektif pemilihan calon itu, kita akan menghantar satu rombongan ke kawasan itu untuk membuat kaji selidik bersama rakyat untuk.

“Ia bagi mengetahui calon yang kita letak itu boleh diterima atau tidak oleh komuniti di kawasan yang kita bakal tandingi itu,” katanya lagi.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi