Berita Gerakan

Kita NAK tahu kebenaran isu Projek Terowong 槟海底隧道,我们想知道!

Jul 8, 2020

Parti GERAKAN akan melancarkan satu PETISYEN dalam talian untuk mengumpulkan tandatangan orang ramai untuk memprotes projek terowong dasar laut Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion tanpa memanfaatkan orang ramai tetapi membawa keuntungan kepada konsortium sahaja.

Petisyen ini bertujuan untuk memprotes kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdiamkan diri dalam isu ini. Terutamanya laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas. Namun, pemaju telah mendapat keuntungan dalam projek ini sebelum terowong itu dibina dengan menggunakan tanah tambakan laut yang seluas 110 ekar yang bernilai pasaran sebanyak RM2.8 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri untuk membina projek perumahan.

Rakyat berhak mengetahui status perkembangan laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta. Apakah status laporan ini?

Perkara yang tidak dapat diterima oleh rakyat adalah sebelum laporan itu siap disediakan, kerajaan negeri sudah tidak sabar untuk menyerahkan hak tanah kepada pemaju dan menggunakan 8 hari untuk meluluskan projek pembangunan kondominium mewah oleh pemaju di tanah tambakan tersebut.

Ini satu perkara yang sangat luar biasa. Dengan hanya menggunakan 8 hari, MBPP meluluskan projek perumahan itu, kecekapan MBPP itu amat menakjubkan, agensi itu mungkin merupakan kerajaan tempatan yang paling cekap di Malaysia dalam meluluskan projek perumahan.

Malangnya, kerajaan negeri Pulau Pinang bersikap sombong dan enggan menjawab pertanyaan yang diutarakan Parti Gerakan kebelakangan ini. Ini telah membelakangi semangat demokrasi.

Setelah EWEIN memutuskan untuk menarik diri daripada projek pembangunan bersama Consortium Zenith Construction, rakyat Pulau Pinang bertanya-tanya adakah ia akan mempengaruhi projek terowong dasar laut?

Projek pembangunan belum bermula, tetapi konsortium sudah mendapat keuntungan. Yang mengejutkan adalah konsortium yang terlibat itu tiba-tiba menarik diri, tetapi projek terowong dasar laut itu masih belum ada perkembangan. Inilah yang tidak dapat diterima oleh rakyat.

Walau bagaimanapun, kami tidak akan berkompromi dalam isu ini walaupun pihak kerajaan negeri bersikap sombong. Sebaliknya kami akan terus memantu perkembangan projek ini dan prestasi kerajaan negeri. Dengan itu, kami melancarkan petisyen dalam talian ini untuk memprotes tindakan yang diambil kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengendalikan projek terowong ini.

Kami mengalu-alukan semua rakyat Pulau Pinang yang mencintai negeri kami menyertai kempen kami dengan menandatangani petisyen ini melalui laman web http://chng.it/WgdTcddp .

民政党发动此网上签署运动,以向槟州政府抗议63亿令吉海底隧道计划未让人民受惠却肥了财团。

这项计划,不但牺牲了人民权益,肥了财团,而且疑点很多,尽管我们如何发问,州政府还是保持沉默。但,人民是有权利向州政府提出疑问的。由于曹首长为首的州政府还连日来是无动于衷,槟州民政党谨此宣布,将通过发动网上请愿签署活动向州政府提出抗议。

海底隧道计划确实关系槟州人民的长远利益和根本利益,州政府是不是做了对不起人民的亏心事?如果没有,为何不敢光明磊落,大大方方的解答人民的疑问。

欢迎槟州人民与我们站在一起,踊跃响应网上请愿签署运动,抗议槟州政府一手遮天,黑箱作业,不愿让人民知道海底隧道计划过程的真相。

我们也欢迎关心槟城发展的人士加入我们的抗议列车,你们可以通过登入此网址 http://chng.it/WgdTcddp 签署,让大家携手,齐心抗议槟州政府这么无礼对待人民。

1: 发动请愿签署活动,旨在收集人民的签名,抗议槟州政府漠视人民获取资讯的权益。

1.1: 州政府有责任解答人民针对海底隧道计划提出的每一项疑问,3亿500万令吉的两岸三通一槟城计划的可行性研究和详细设计报告,从去年拖延至今没下文,但市值28亿3140万令吉的110英亩填海黄金土地,已经换给发展商从中谋利。

1.2: 这项报告的结果到底如何?难道有什么内幕要瞒著人民,到今天都不愿公开,但却迫不及待放下土地拥有权,而且还在8天内批准相关发展商,在填海土地上兴建超级豪宅发展计划。

1.3: 这是不可思议的事,槟岛市政厅相信是全马批准屋业最快、最有效率的地方政府。很遗憾的是,槟州政府还是一意孤行,处事态度非常傲慢,尽管民政党代表人民作出提问,州政府还是置之不理,这种举动已违反民主社会理性问政的精神。

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi