Berita Gerakan

Gerakan gesa k’jaan beri RM500 untuk penganggur B40

Jun 21, 2020

Timbalan presiden Gerakan Oh Tong Keong menggesa kerajaan memberikan bayaran sebanyak RM500 kepada mereka yang kehilangan pekerjaan di bawah kategori B40 mulai sekarang hingga Disember.

Dalam satu kenyataan hari ini, Oh berkata walaupun kerajaan membenarkan individu mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka, ia tidak memadai.

“Sekiranya ‘akaun 2’ mereka kosong, maka masa depan (penganggur) akan terjejas. Mereka akan memerlukan wang untuk pendidikan dan bil perubatan anak-anak mereka (pada masa depan),” katanya.

Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari membolehkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Ia adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, yang juga merangkumi pemberian wang tunai secara one-off antara RM1,600 hingga RM500 untuk individu atau isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah.

Oh berkata ramai yang tidak memiliki kerja berikutan wabak Covid-19 dan yang paling terjejas adalah industri perhotelan, katering, pengangkutan, pendidikan dan peruncitan.

“Ramai ahli ekonomi telah mengingatkan kerajaan supaya berjaga-jaga terhadap kesan daripada wabak Covid-19, tetapi pihak kerajaan tidak mengamalkan strategi yang tepat dan keadaan kini semakin buruk.

“Walaupun kerajaan Perikatan Nasional telah menangani wabak Covid-19 dengan baik, namun (tindakan) dalam membantu rakyat masih perlahan. Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Pada 15 Jun lalu, laporan Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia untuk April 2020, menyatakan kadar pengangguran negara melonjak kepada 5 peratus dan jumlah penduduk yang tiada pekerjaan meningkat 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 778,800 orang.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin, penutupan operasi sebahagian besar perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga April lalu memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan dan menyebabkan pencari kerja berasa sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi