Berita Gerakan

Wujudkan peluang pekerjaan untuk OKU sepanjang PKPP

Jun 18, 2020

SHAH ALAM – Kerajaan disarankan supaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H Puvaniten berkata, sekiranya peluang pekerjaan bagi golongan OKU dapat diwujudkan, ia sudah tentu dapat membantu kehidupan seharian mereka.

Menurutnya, usaha mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU harus dipikul semua pihak termasuk kerajaan dan agensi-agensi negeri.

“Kebanyakan golongan OKU seperti cacat penglihatan, rezeki mereka terjejas berikutan penutupan perkhidmatan pusat urut. Situasi mereka lebih sukar untuk mencari pekerjaan lain berbanding dengan OKU lain.

“Mungkin kerajaan boleh mencari alternatif yang lain untuk golongan OKU ini mencari nafkah sampingan yang lain. Komuniti yang cacat penglihatan ini tidak dapat menjana pendapatan disebabkan kerajaan masih melarang perkhidmatan urut dan refleksologi daripada beroperasi seperti biasa,” katanya.

Puvaniten berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Keperluan Harian kepada Golongan Cacat Penglihatan di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia di Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sebelum ini kerajaan prihatin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) telah memberi tumpuan secara ‘one-off’ terhadap golongan OKU dan ibu tunggal.

Jelasnya, bantuan kewangan yang diberikan terhadap golongan OKU jelas menunjukkan kerajaan di bawah Perdana Menteri terus komited untuk membela setiap kelompok masyarakat Malaysia dan memastikan setiap individu mendapat manfaat daripada kesejahteraan ekonomi negara.

“Mungkin ada alternatif lain yang boleh diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini memperoleh peluang pekerjaan yang lain.

“Diharapkan pihak kerajaan dapat mewujudkan peluang yang sama bagi masyarakat yang cacat penglihatan untuk menjana pendapatan dalam tempoh yang sukar ini agar mereka dapat terus menikmati kualiti hidup yang sama dengan golongan yang lain dalam mendepani wabak koronavirus (Covid-19) ini,” katanya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi