Berita Gerakan

Gerakan sokong Muhyiddin demi rakyat

Mei 15, 2020

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan itu diambil demi kepentingan rakyat dan negara terutamanya dalam menghadapi situasi kritikal ketika ini untuk memerangi jangkitan koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, apa yang rakyat mahu pada ketika ini adalah untuk kerajaan mengukuhkan semula ekonomi negara dan memutuskan rantaian Covid-19 dengan segera.

Menurutnya, negara kini menerima impak teruk susulan Covid-19 sehingga ekonomi meleset, rakyat hilang pekerjaan dan sebagainya.

“Disebabkan itu Malaysia perlu kekalkan kestabilan politik untuk memulihkan ekonomi bagi melawan Covid-19.

“Malah, di bawah kepimpinan Muhyiddin sejak menggalas tugas Perdana Menteri pada 29 Februari lalu, beliau menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan dalam tempoh kurang 100 hari,” katanya pada sidang akhbar menerusi aplikasi Zoom Meeting bersama petugas media hari ini.

Beliau berkata, sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dengan pantas mengambil beberapa pendekatan untuk menangani penularan Covid-19 termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan terbukti setakat ini pencegahan dibuat sangat berkesan berbanding negara lain.

Menurutnya, kerajaan juga memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion serta Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Muhyiddin mengotakan janji untuk bertanggungjawab kepada rakyat dan jelas beliau adalah Perdana Menteri yang mengambil berat soal kebajikan rakyat.

“Justeru, Gerakan sebagai parti politik bertanggungjawab serta profesional kini bersama rakyat untuk memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri dalam mengatasi cabaran ketika ini,” katanya.

Selasa lalu, Barisan Nasional (BN) menegaskan akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika ada usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen pada 18 Mei ini.

Namun sehari selepas itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan memberitahu Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei ini hanya akan menyaksikan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam perkembangan lain, Dominic turut mengingatkan semua parti politik untuk menghentikan pertengkaran politik dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19 serta memulihkan negara.

“Memang ada golongan politik kata, politik lawan tetap lawan tapi ini bukan masanya,” katanya.

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi