Berita Gerakan

Hormati titah YDPA, ketepikan usul undi tak percaya PM – Gerakan

Nov 21, 2020

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang masih cenderung untuk menekan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat mempunyai agenda politik peribadi.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau menyifatkan sikap Ahli Parlimen itu, termasuk mereka yang menganggotai kerajaan, tidak mengutamakan nyawa rakyat ketika wabak Covid-19 menular dalam negara.

“Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah bahawa perlu mengetepikan agenda politik dan mengutamakan agenda selamatkan rakyat dari penderitaan akibat Covid-19, saya sokong itu.

“Jika masih lagi yang mengugut dan mengutamakan usul tidak percaya terhadap PM itu, ia menunjukkan satu perbuatan mengugut.

“Tiada yang lebih penting daripada nyawa rakyat yang sepatutnya diselamatkan. Cukuplah berpolitik, anda semua dipilih sebagai wakil rakyat, jadi tunjukkan kematangan itu dan utamakan nyawa rakyat dalam pandemik maut ini seperti dititahkan baginda,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Dominic mahu semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen bersatu bagi  menjayakan agenda kerajaan mengawal penularan Covid-19.

SEmentaar itu, Dominic turut membidas sikap pembangkang dan wakil rakyat kerajaan yang mengugut untuk tidak menyokong Belanjawan 2021.

Katanya Belanjawan 2021 yang dirangka kerajaan bersifat inklusif dan mencakupi pandangan dan suara rakyat termasuk ahli politik.

“Ini tidak menunjukkan etika profesional seorang ahli Parlimen, kenapa kenakan syarat untuk sokong ia diluluskan Rabu depan, ini seolah satu ugutan dan bukannya mengutamakan kepentingan rakyat.

“Kita ada ruang untuk berbincang untuk membawa perubahan dan penambahbaikan secara meja bulat dan politik bukan platform untuk mengugut dan letak syarat untuk sokong meluluskan belanjawan,” ujarnya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi