Berita Gerakan

P/Pinang: Sudahlah ‘kedekut’, peruntukan untuk rakyat pun di kelebekkan…

Jul 13, 2021

Ke mana baki peruntukan P Pinang untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempersoalkan peruntukan berjumlah RM1.04 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak digunakan sepenuhnya bagi membantu rakyat di seluruh negeri itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan peruntukan RM1.04 juta kepada 40 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu masing-masing seharusnya mendapat RM26,000.

“Tetapi mengikut kenyataan beberapa orang ADUN kepada pihak media, mereka hanya mendapat RM20,000.

“Maka, ke mana perginya RM6,000 yang baki itu? Ke mana perginya baki yang berjumlah RM24,000 yang harus diagihkan kepada rakyat Pulau Pinang di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)?”  katanya dipetik portal bersatu.org.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, mendakwa pengumuman peruntukan itu dibuat setelah kempen kibar bendera putih bermula dan juga apabila rakyat Pulau Pinang memasang bendera putih di depan rumah mereka.

Menurutnya, ini mencerminkan rakyat negeri itu telah lama menunggu bantuan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP.

Jelasnya, ia juga membuktikan kerajaan negeri gagal menghulurkan bantuan kepada rakyat dan menjaga kebajikan warga negerinya.

Beliau berkata, sebenarnya peruntukan RM20,000 yang diberi tidak cukup untuk menampung keperluan rakyat di sesebuah kawasan DUN.

Sebagai contoh, katanya DUN Padang Kota, kawasan bagi Ketua Menteri Pulau Pinang yang mempunyai 14,476 orang pengundi.

“Sekiranya RM20,000 itu diagihkan kepada setiap pengundi di Padang Kota, masing-masing hanya menerima RM1.40 di mana pengiraan ini tidak termasuk penduduk di kawasan DUN itu yang bukan pengundi,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya bantuan berbentuk barangan yang diberi bernilai RM50, dengan peruntukan berjumlah RM20,000 kepada setiap kawasan DUN, hanya 400 orang penduduk di setiap kawasan akan menerima manfaat tersebut.

“Maka, jumlah peruntukan itu masih tidak cukup untuk membantu semua rakyat Pulau Pinang yang memerlukan bantuan.

“Kami juga menerima aduan daripada penduduk di beberapa kawasan bahawa mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada negeri Pulau Pinang,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/7/2021

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi