Berita Gerakan

PN: Bersatu tanding 15 kerusi, PAS lapan dan Gerakan lima pada PRN Melaka

Nov 6, 2021

MELAKA, 6 Nov — Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah berkenaan, Bersatu akan bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.

Perkara itu dinyatakan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah PRN Melaka PN di Shah Alam, Selangor hari ini.

Pada pengumuman itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumum sebagai calon bagi kerusi Tanjung Bidara, dan beliau dijangka berhadapan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Turut diumumkan sebagai calon adalah Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang  berpindah dari kerusi DUN Paya Rumput ke Telok Mas pada PRN berkenaan.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamaruddin Sidek kembali bertanding di kerusi DUN Duyong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kamarudin memperoleh 2,930 undi dalam saingan tiga penjuru menyaksikan DUN Duyong dimenangi DAP, Damian Baba Yeo yang memperoleh 7,642 undi, sekali gus turut menewaskan calon MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi).

Manakala Naib Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Melaka Datuk Seri Michael Gan Peng Lam bakal bertanding di Ayer Keroh.

Sementara di DUN Asahan, PN juga mempertaruhkan PN dari Gerakan yang akan diwakili oleh Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Dhanesh Basil.

Bercakap mengenai latar belakang calon yang diketengahkan, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata 43 peratus calon berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional serta berpendidikan tinggi.

Muhyiddin berkata PN akan memberi komitmen untuk berkhidmat sepenuhnya demi kepentingan dan kebajikan rakyat 100 peratus.

“Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi kita mempunyai komitmen yang tinggi apabila diberikan mandat oleh rakyat, kita mesti melakukan yang terbaik. Kami akan laksanakan yang terbaik mengikut keupayaan kami dan pastikan tiada siapa yang ketinggalan di belakang di Melaka ini,” katanya.

Beliau berkata parti-parti komponen PN yang akan mengambil bahagian dalam PRN Melaka telah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding.

Katanya PN menawarkan kepimpinan yang bersih dan berintegriti kepada rakyat negeri dan rekod PN mentadbir negara boleh dijadikan rujukan utama oleh pengundi negeri Melaka.

“Pakej bantuan rakyat dalam menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka serta kejayaan dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha yang dilakukan oleh PN akan dibentangkan kepada rakyat Melaka sebagai panduan untuk mereka membuat pilihan terbaik,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan tindakan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

— BERNAMA

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi