Berita Gerakan

Clarice perjuang isu tambak laut di Melaka

Nov 15, 2021

Pertama kali bertanding sebagai calon pilihan raya, Clarice Chan Ming Wang mengakui ia satu pengalaman baharu baginya, apatah lagi hanya sempat tidur sejam atau dua jam sehari kerana kesibukan berkempen.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bandar Hilir ini nekad dan bekerja keras membawa suara rakyat terutamanya isu penambakan laut di Melaka sehingga menjejaskan kehidupan penduduk khususnya golongan nelayan.

Walaupun bergerak aktif dalam NGO, beliau melihat kapasiti ADUN adalah lebih kuat dalam membawa suara rakyat ke hadapan.

Ikuti temu bual Wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali bersama Clarice Chan Ming Wang dalam perjuangan beliau untuk penduduk Bandar Hilir yang juga kawasan tumpuan pelancong di Melaka.

SINAR HARIAN: Sejak bila saudari terlibat dalam politik dan apa yang menyebabkan anda berminat?

CLARICE: Dalam politik saya baru menyertainya kira-kira setahun lalu tetapi melibatkan diri dengan badan bukan kerajaan (NGO) sejak berusia 31 tahun. Sebelum ini saya bekerja di Sarawak tetapi nekad tinggalkan kerjaya dan menjaga ibu yang sakit di Melaka. Sejak itu, saya akan terlibat dengan NGO iaitu The Malacca Club dan Malacca Theatre Group di samping menjalankan perniagaan. Melalui NGO, saya banyak terlibat dengan penganjuran persembahan untuk komuniti dan kursus meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Saya juga terlibat dengan SOS (Save Our Shores) iaitu NGO tidak rasmi yang bergerak melalui media sosial. Ahli SOS terdiri daripada pihak media, orang politik dan wakil penduduk setempat yang tinggal di perkampungan Portugis, Tanjung Kling dan Kelebang. Fokus saya adalah tidak menyokong penambakan laut di pesisiran air di Melaka kerana ia akan menjejaskan rezeki nelayan, terutamanya yang tinggal di perkampungan Portugis. Penambakan menyebabkan lumpur-lumpur berkumpul dan menyukarkan nelayan selain menjejaskan alam sekitar dan haiwan laut. Ikan lumba-lumba juga sudah tidak datang lagi di perairan ini.

Saya sedar, apabila bergerak sebagai NGO kita tiada suara yang kukuh. Saya melihat politik sebagai platform untuk saya ketengahkan masalah ini.

Apa perasaan saudari menjadi calon mewakili PN?

Secara peribadi, ia sangat mencabar tetapi saya percaya dengan Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Perikatan Nasional (PN). Semua calon PN sudah berikrar tidak akan melibatkan diri dengan kegiatan rasuah. Apabila terlibat, banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan. Jika tiada rasuah, peruntukan diberikan sepenuhnya untuk kita salurkan keperluan demi rakyat.

Apa pandangan saudari tentang kewibawaan wanita untuk menjadi calon pilihan raya dan seterusnya memimpin?

Saya sebagai wanita mahu memperjuangkan hak-hak wanita. Kita tidak berniat untuk melebihi kaum lelaki, tetapi sama-sama mahu memperjuangkan hak rakyat. Saya perlukan sokongan rakyat untuk bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan saya berjanji akan memperjuangkan hak-hak wanita. Dalam DUN Melaka, hanya beberapa orang wanita yang mewakili rakyat. Saya harap boleh mewakili suara wanita di DUN.

DUN Bandar Hilir sebelum ini milik DAP. Bagaimana saudari melihat cabaran daripada DAP dan calon-calon lain?

Memang diakui cabaran amat kuat di DUN Bandar Hilir tetapi saya akan cuba sedaya upaya. Buat masa ini, saya fokuskan kepada kempen melalui media sosial dan temu bual dengan media. Saya tidak kisah walaupun tidak cukup tidur kerana saya mahu memperkenalkan diri kepada pengundi di kawasan saya. Saya akan turun padang berjumpa pengundi di kawasan untuk perkenalkan diri. Saya sedar, pengundi hendak lihat siapa calon yang mereka henda undi, saya kena hormati kehendak mereka.

Dari pengamatan saya, masyarakat Cina di Bandar Hilir cenderung untuk melihat kepada parti. Jadi, saya harap mereka boleh beri saya peluang dan menilai kebolehan serta keupayaan saya. Ya, saya masih baru dan kurang dikenali, namun saya akan bekerja keras dan cuba yang terbaik. Terdapat 13 peratus pengundi Melayu di DUN Bandar Hilir. Walaupun tidak banyak, saya akan cuba menawan hati mereka.

Apakah pembaharuan yang ingin dibawa, khususnya di DUN Bandar Hilir?

Perkara utama yang saya akan perjuangkan ialah menolak penambakan laut kerana ia menjejaskan rezeki nelayan khususnya di perkampungan Portugis. Selain itu, saya ingin mengatasi masalah kesesakan di kawasan Bandar Hilir kerana ia kawasan pelancongan. Ini memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

Bandar Hilir juga terdapat banyak pangsapuri lama, ada yang terabai, bangunan usang dan persekitaran kotor. Saya rancang untuk buat pengubahsuaian. Saya akan mohon peruntukan untuk lakukan semua ini. Dahulu, Melaka Raya menjadi pusat ekonomi tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, Kota Laksamana pula jadi tumpuan. Saya akan pastikan premis perniagaan di Melaka Raya tidak tutup dan kembali beroperasi.

PROFIL

Nama: Clarice Chan Ming Wang

Umur: 42 tahun

Pendidikan: Diploma University of London

Pengalaman:

Naib Presiden The Malacca Club

Presiden Malacca Theatre Group

Jawatan Politik:

Wanita Perikatan Nasional Melaka

Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Melaka

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi