Berita Gerakan

Pemuda Gerakan serah memorandum kepada BNM

Jul 19, 2022

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyerahkan memorandum kepada Bank Negera Malaysia (BNM) untuk perhatian Gabenornya, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus pada Selasa.

Memorandum diserahkan Naib Ketua Pemuda Gerakan, Ir Ong Kean Sing sebagai mewakili parti itu bagi mendesak BNM bertindak tegas mengekang jenayah ‘scam’ kecurian wang simpanan pengguna.

Katanya, memorandum juga sebagai tuntutan kepada BNM agar memberi penjelasan mengenai isu penipuan, kecurian wang simpanan yang dilaporkan berlaku melalui transaksi tidak sah di luar pengetahuan pemilik akaun.

“Sehubungan itu, langkah yang lebih komprehensif melibatkan pelbagai pihak perlu dilaksanakan selain hebahan di sosial media yang dibuat oleh pihak BNM.

“Paling utama adalah memberi keyakinan kepada pengguna bahawa akaun simpanan mereka dijamin dan tidak ada elemen kompromi,” katanya ketika menyerahkan memorandum di BNM di ibu negara di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Speaker Pemuda Nasional Gerakan, Muruga Rajan Lingappan; Timbalan Ketua Penerangan Pemuda Gerakan, Lee Boon Shian dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan, Cooper Khoo Kuan Yiaw.

Kean Sing berkata, BNM perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa siasatan khas bagi mengenal pasti isu ‘scam’ dan hasil siasatan tersebut perlu dihebohkan kepada orang awam agar pengguna faham akan keparahan isu tersebut.

Dalam pada itu, Parti Gerakan juga memohon penjelasan adakah Transaction Authorisation Code (TAC) yang dimohon oleh pengguna semasa transaksi atas talian benar-benar selamat dan tidak boleh disalah guna oleh mana-mana pihak lain.

“Jika TAC mempunyai kelemahan sila nyatakan dan apakah langkah yang telah diambil oleh BNM untuk memastikan keselamatan ini.

“Perkara ini sangat membahayakan, tanggungjawab pihak BNM untuk memastikan keselamatan wang kami terutamanya golongan marhaen sudah pasti cukup terkesan sekiranya berlaku kes penipuan atau kecurian pada mereka.

“Parti Gerakan sebagai parti yang berpaksikan kebajikan rakyat sentiasa bersama mereka menunggu penjelasan BNM, solusi dan komitmen setiap pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, Kean Sing berharap Gabenor BNM mengambil perhatian dalam perkara tersebut dan perlu bergerak bersama untuk membantu mangsa-mangsa kecurian wang simpanan ini.

“Pada masa yang sama Parti Gerakan juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak BNM ketika proses penyerahan memorandum pada Selasa,” katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi