Berita Gerakan

Anjur jelajah sebar ‘kebaikan’ sekolah vernakular, GERAKAN beritahu kerajaan

Mac 28, 2024

PETALING JAYA: Gerakan mahu semua pihak berhenti mengancam kewujudan sekolah vernakular.

Presidennya, Dominic Lau turut mencadangkan kerajaan menganjur program melibatkan individu berjaya keluaran sekolah vernakular mengadakan jelajah seluruh negara supaya rakyat merasai kebaikannya.

“Ia secara tidak langsung menghapuskan prejudis terhadap sekolah vernakular.

“Semua pihak untuk mengakui sumbangan sekolah-sekolah vernakular serta berhenti mengecam SJKC dan SJKT serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Dominic berkata, beliau sendiri bekas pelajar SJKC bukan sahaja mampu menguasai bahasa Mandarin dan Inggeris, tetapi boleh bertutur bahasa Melayu.

“Kenyatan bahawa murid vernakular tidak fasih BM, adalah palsu. Sejak kebelakangan ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa sekolah vernakular merosakkan perpaduan negara, kononnya ada kajian sebagai bukti.

“Kementerian Pendidikan mengakui keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan, dan kementerian pendidikan akan meneruskan polisi yang sedia ada iaitu sekolah vernakular sebagai sebahagian sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

Awal Mac, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh meminta kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular merangkumi lebih 1,800 sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Susulan itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya tiada perancangan membuat penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular.

Ogos tahun lalu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mahu sistem sekolah vernakular dihapuskan kerana ia cara terbaik merapat jurang antara kaum melalui pendidikan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi