Berita Gerakan

Anthony patut utamakan golongan miskin tanpa ketepi OKU – Kah Keong

Jan 20, 2023

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sepatutnya memberikan keutamaan untuk membantu golongan miskin terlebih dahulu tanpa mengenepikan Golongan Kurang Upaya (OKU).

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong berkata, dalam kalangan OKU adanya antara mereka yang hidup kaya raya.

“Apa yang saya tahu dalam kalangan orang miskin adanya OKU dan sudah pasti tiada yang kaya raya. Kenapa tidak membuat satu polisi yang berpihak kepada golongan miskin terlebih dahulu dan friendly OKU tidak diketepikan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kah Keong berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa golongan OKU boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu membayar tambang tidak lama lagi.

Perkara itu dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum ini.

Bagaimanapun Anthony berkata, terdapat implikasi kewangan yang perlu dilihat sebelum sebarag keputusan dan pengumuman dibuat.

Dalam perkembangan sama Kah Keong berkata, usaha kementerian untuk memperkasa OKU tidak salah tetapi perlu bijak melaksanakan polisi yang menjadi keutamaan.

Jangan didiskriminasi golongan OKU kerana ada diantara mereka berupaya dalam kewangan tetapi, masalah dari segi kemudahan yang disediakan, katanya.

“Ramai di Malaysia, golongan OKU yang berjaya antaranya Lee Thiam Wah pengasas 99 Speedmart dan Ras Adibah Radzi seorang ahli politik.

“Cadangan saya adalah Kementeri Pengangkutan harus menambahbaik kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi