Berita Gerakan

Anwar ‘jangan main cakap sahaja’ – Gerakan POLITIK

Okt 17, 2020

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan getir Covid-19 masih ada  pemimpin politik di negara ini terus merencanakan agenda demi kepentingan mereka dan bukan mengutamakan rakyat.

Itu luahan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berhubung landskap politik tanah air yang jelas begitu huru hara kerana segelintir pihak.

Beliau memberi gambaran tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini tidak kena dengan tempat malah apa sahaja yang didakwanya juga superti tidak mempunyai fakta mahu pun bukti.

“Rakyat sebenarnya sudah letih ketika ini. Ada yang lebih penting pada masa ini dengan pandemik terus mengganas. Keadaan tidak stabil, Covid-19 telah memberi impak  negatif kepada ekonomi negara.

“Rakyat juga ketika ini berada dalam kesusahan dan amat perit untuk kita luahan melalui kata-kata, jadi apakah ini satu keperluan untuk segelintir ahli politik terus berpolitik sepanjang waktu? Apakah kepentingan rakyat yang kononnya menjadi ikrar ahli politik di pandang sepi?

“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tolonglah. Janganlah asyik dengan agenda rampas kuasa sahaja. Hakikatnya, anda juga mempunyai tanggungjawab. Jangan main cakap sahaja punya sokongan besar.

“Sebaliknya kamu perlu juga membuktikan dengan senarai yang menyokong, jangan hanya bercakap dan terus dakwaan sana-sini, proses pembentukan kerajaan perlu dibuktikan dengan jelas terutama mengenai peralihan sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Janganlah terus bermain politik ketika rakyat sedang dalam kesusahan, banyak cabaran tangani pandemik Covid-19 ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan di Menara PGRM hari ini.

Sebelum ini Istana Negara melalui kenyataan berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya setakat ini memberi gambaran bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hilang majoriti.

Malah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (YDPA) supaya Anwar akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan proses pelantikan Perdana Menteri sekaligus pembentukan kerajaan belum dipenuhi.

Kata Dominic, pihaknya sebulat suara akur dan menerima titah YDPA semalam yang menitahkan semua Ahli Parlimen supaya tidak mengheret negara ke kancah politik tidak menentu dalam suasana wabak Covid-19 menyulitkan rakyat.

Sebaliknya ahli politik negara ini perlu menyelesaikan permasalahan di antara mereka, menerusi perundingan dan proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Gerakan akan melancarkan  petisyen menyokong titah YDPA terutamanya pada masa ini, ini adalah waktu paling sukar untuk semua, ini bukanlah masa untuk bertelagah dan rampas kuasa,” ujar Dominic.

Dalam pada itu, Dominic juga berikrar parti Gerakan akan terus menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menerajui negara.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi