Berita Gerakan

Apa usaha perkukuh ringgit daripada terus susut

Apr 4, 2023

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sejauh manakah usaha dalam memperkukuhkan nilai Ringgit daripada mengalami penyusutan berpanjangan.

Perkara itu ditanyakan oleh Senator Datuk Razali Idris kepada Menteri Kewangan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau juga ingin tahu berapakah jumlah sebenar hutang negara sekarang dan siapakah pemiutang.

Berikut ialah soalan-soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan terkini pihak Kementerian dalam kempen Generational End Game (GEG) Anti Rokok 18 dan sejauh manakah kempen ini berhasil.

 Datuk John Ambrose minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal harga baja tanaman kelapa sawit agar tidak mengalami kenaikan harga secara mendadak dan luar biasa.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a)  bilakah (termasuk status) pihak polis akan mula menggunakan kamera badan bagi kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan kenderaan pelbagai guna; dan

(b)  adakah terdapat sebarang langkah dalam memastikan setiap bilik siasatan, lokap dan premis PDRM yang berurusan dengan orang ramai dan orang yang disyaki dilengkapi dengan kamera litar tertutup.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini tuntutan Sarawak dan Sabah supaya diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen dan sasaran utama yang sudah tercapai.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh ECER kepada komuniti Orang Asli di Negeri Terengganu dalam program Pembangunan Modal Insan ini.

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah usaha Kerajaan dalam perkukuhkan nilai Ringgit daripada mengalami penyusutan berpanjangan; dan

(b) berapakah jumlah sebenar hutang negara sekarang dan siapakah pemiutang.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah status terkini mengenai kajian laksana semula perundingan mengenai Malaysia-EU FTA dan juga memohon Menteri untuk menjelaskan apakah rancangan Kerajaan dalam menangani embargo pengimportan minyak kelapa sawit di Kesatuan Eropah (EU).

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan projek Trans-Borneo Highway di sebelah negara kita walaupun perpindahan ibu negara Indonesia telah ditunda dan jika ada, apakah status terkini perancangan Kerajaan.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa dan kargo memandangkan Kelantan adalah gerbang yang menghubungkan wilayah Indo-China dengan Malaysia.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah mekanisme yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menyimpan stok makanan yang tahan lama untuk lima tahun akan datang bagi berhadapan dengan krisis perubahan iklim.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi menyelesaikan isu pelajar-pelajar tajaan negara yang tidak mahu pulang untuk berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat belajar.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memantau kenderaan melebihi muatan yang menggunakan jalan persekutuan dan negeri sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat inisiatif untuk mengadakan geran tambahan khusus bagi sukarelawan rakan NADMA yang bersama-sama membantu ketika bencana berlaku dan pasca bencana.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah tahap kesiap siagaan Hospital Tumpat dan Hospital Kajang dari segi keupayaan kakitangan dan kecukupan peralatan untuk merawat pesakit dan mengurangkan tempoh berada di hospital. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi