Berita Gerakan

Baiki segera kerosakan pagar penghalang

Mei 19, 2021

GEORGETOWN: Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri memberi perhatian terhadap isu kerosakan pagar penghalang di tepi parit di Lintang Paya Terubong 2 dekat sini yang dibimbangi mengundang bahaya kepada orang ramai.

Jurucakapnya, Andrew Teow Chin Siang berkata, kerajaan negeri perlu mendesak pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja penyelenggaraan secepat mungkin.

Katanya, pagar penghalang tepi parit di kawasan Paya Terubong itu telah lama rosak dan aduan sudah dibuat beberapa kali oleh penduduk setempat sejak lebih dua bulan lalu, namun tiada tindakan susulan diambil.

Menurutnya, bahagian pagar penghalang yang patah itu mungkin akan mencederakan pejalan kaki, sekiranya mereka lalai ketika melalui laluan itu.

“Selain memperbaiki pagar penghalang yang rosak, kerajaan negeri juga perlu menggantikannya dengan bahan yang kalis karat atau membina pagar batu atau simen untuk mengelakkan kemalangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, selain di Lintang Paya Terubong 2, pihaknya juga mendapati masalah sama berlaku di Jalan Thean Teik berhadapan pejabat pos Bandar Baru Farlim dekat sini.

“Tahun lalu, berlaku kemalangan yang meragut nyawa seorang warga emas akibat terjatuh ke dalam longkang ketika melalui laluan tanpa pagar penghalang di tepi longkang.

“Kami tidak mahu kemalangan seperti ini berulang dan berharap Ahli Parlimen dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit mengambil berat masalah pagar penghalang yang rosak ini,” katanya. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi