Berita Gerakan

Bangunkan lebih banyak rumah mampu milik di Pulau Pinang

Feb 9, 2023

GEORGE TOWN: Syarikat milik kerajaan (GLC) di Pulau Pinang khususnya Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disarankan membangunkan lebih banyak rumah kos rendah, sederhana rendah serta melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dapat memberi manfaat kepada penduduk negeri ini.

Jurucakap Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) negeri, Heng See Lin berkata, PDC mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM244 juta pada tahun lalu yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan projek-projek perumahan mampu milik.

”Tahniah kepada PDC kerana mempunyai prestasi yang baik tahun lalu dengan memperolehi lebihan pendapatan sebanyak RM244 juta.

“Oleh itu, Gerakan berharap PDC mengambil berat tentang isu perumahan di Pulau Pinang dengan membina lebih banyak rumah kos rendah, sederhana rendah serta melaksanakan program PPR setelah mendapat lebihan pendapatan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut See Lin, PDC memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Jelasnya, agensi itu juga telah mewujudkan sembilan buah taman perindustrian ketika zaman pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang.

”Usaha PDC pada masa itu telah banyak membantu golongan berpendapatan di rendah di Pulau Pinang memiliki rumah sendiri dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, usaha PDC ketika zaman pemerintahan Parti Gerakan juga telah banyak mengubah landskap ekonomi Pulau Pinang pada masa itu.

“Sudah pasti Ketua Menteri Pulau Pinang tahu dan ingat PDC merupakan sebuah GLC, bukan syarikat swasta.

”Jadi agensi ini perlu melaksanakan projek berorientasikan kepentingan rakyat contohnya membina projek perumahan kos rendah dan PPR yang memanfaatkan rakyat serta membina pasar awam, pusat penjaja dan sebagainya.

“Lebihan pendapatan yang diterima PDC harus dikembalikan dan dinikmati oleh warga Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi