Berita Gerakan

Basikal lajak dilihat menjadi musuh negara – Gerakan

Apr 23, 2022

BASIKAL lajak dilihat seakan-akan sudah menjadi musuh kepada negara walhal ia bukan kegiatan jenayah berat.

Menurut Setiausaha Agung Parti Gerakan Mak Kah Keong, baru-baru ini tular sebuah video yang melibatkan seorang anggota polis cuba menakutkan seorang budak yang dikatakan sedang bermain basikal lajak.

“Disebabkan video itu ramai netizen mengeluarkan komen negetif seperti ‘memang patut mati’ dan sebagainya. Bagi saya ini salah! Jangan menghukum sekiranya tidak tahu undang-undang.

“Pendapat saya tindakan anggota polis dan orang yang merakam, mendedahkan identiti kanak-kanak itu adalah salah di sisi undang-undang. Undang-undang Malaysia untuk kanak-kanak adalah menguruskan bukannya menghukum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memahami sekarang Malaysia sedang panas dengan kes seorang kerani dikenali sebagai Sam yang melanggar lapan kanak-kanak yang menunggang basikal lajak sehingga mengakibatkan kematian.

Beliau tidak menafikan memang sepatutnya memberi sokongan moral kepada Sam tapi jangan salahkan budak-budak basikal lajak itu bulat-bulat.

“Mangsa keadaan Sam tetapi mangsa kemalangan adalah budak-budak itu.

“Ia berkait rapat dengan masalah sosial, kemiskinan bandar dan tanggungjawab ibu bapa. Namun dalam kotak pemikiran budak-budak hanyalah bermain mereka tidak tahu akan bahaya yang bakal menimpa.

“Jadi sebagai rakyat Malaysia yang dewasa jangan terus menghukum dan mengeluarkan kata-kata mengkeji mereka. Sepatutnya memberi pendidikan dan peluang.

“Basikal lajak bukan menjadi satu kesalahan sekiranya dibuat peraturan dan diadakan pada tempat yang betul sekali gus boleh menjadi satu sukan yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya. – Malaysiapost

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi