Berita Gerakan

Belia Malaysia harus rebut peluang isi kekosongan pekerjaan yang dimonopoli warga asing

Mei 5, 2020

Sudah tiba masanya belia Malaysia mengisi kekosongan pekerjaan yang dahulunya dimonopoli oleh warga asing.

Ini kerana menurut Setiausaha Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, A. Simon, jika ia dilaksanakan atau lebih tepat anak muda Malaysia merebut peluang berkenaan maka secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga asing.

“Pasar Borong Selayang contohnya jika sebelum ini dimonopoli warga asing yang menjadikan pot mereka. Apa salahnya jika kita ambil alih dengan berniaga kecil-kecilan di sana. Walau ada segulung ijazah namun mengganggur kerana pilih kerja, ia merugikan diri kita”, katanya kepada The Malaya Post.

Katanya kegusaran awam semakin jelas dek tindakan warga asing seperti etnik Rohingya yang semakin berani menunjukkan taringnya.

Namun tanpa kerjasama semua, ia akan menjadi isu sama yang berulang-ulang.

“Saya mengambil maklum akan kegusaran awam yang timbul berhubung pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya. Setakat Mac 2020, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia.

Bagi angka pelarian pendatang tanpa izin (PATI) Rohingnya pula dianggarkan hampir 2 kali atau tiga kali ganda jumlahnya ketika ini. Perkara ini menyebabkan ramai rasa bimbang dan jumlah mereka ramai dan kini kita sedang berhadapan dengan isu-isu lain juga yang akhirnya akan membebankan rakyat malaysia kita sendiri”, katanya.

Tambahnya sudah tiba Malaysia menangani isu ini secara serious kerana lambakan warga asing akan membebankan negara pada masa depan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen harus bertindak segera dan kena lebih fokus di Kuala Lumpur dan Selangor antara lokasi yang telah didominasi oleh Rohingnya termasuklah Pasar Borong Selayang, di lokasi itu sahaja warga Rohingnya sudah cecah sehingga 15,000 orang. Ia menggusarkan”, katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi