Berita Gerakan

Beri diskaun 50 peratus pengguna terjejas bekalan air

Dis 23, 2023

GEORGETOWN: Perbadanan Pengurusan Air Pulau Pinang (PBAPP) digesa supaya memberi pampasan kepada pengguna yang terkesan akibat gangguan bekalan air di sekitar negeri ini sejak tiga hari lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Pulau Pinang, Andrew Ooi, berkata pampasan perlu diberi bagi menebus kerugian pengguna sepanjang krisis gangguan bekalan air yang serius itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima menerima lebih 50 aduan pengguna yang terjejas termasuk daripada golongan peniaga.

“Gangguan bekalan air turut menyebabkan peniaga seperti penjaja dan kedai kopi menghadapi masalah operasi, jadi wajar jika mereka diberi pampasan.

“GERAKAN juga mencadangkan supaya PBAPP memberi diskaun sehingga 50 peratus kepada pengguna atau sekurang-kurangnya RM20 bagi bil pada Disember,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kira-kira 200,000 pengguna air di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai (kawasan seberang) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada Selasa.

Ia susulan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah.

Andrew berkata, masalah gangguan bekalan air tidak berjadual itu membolehkan rakyat menilai keupayaan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selaku Pengerusi PBAPP untuk bertindak balas dalam menyelesaikan krisis bekalan air berkenaan.

“Kurang tiga minggu akan ada lagi gangguan bekalan air selama empat hari. Apakah persiapan kerajaan negeri kerana sebanyak 50 lori tangki semata-mata tidak mampu menampung keperluan pengguna yang terjejas.

“Pada mulanya penduduk dijanjikan, gangguan bekalan air akan pulih dalam tempoh 24 jam namun tidak sangka berlarutan sehingga tiga hari,” katanya.

Menurutnya lagi, Kon Yeow perlu melihat masalah itu dengan serius dan tidak pada saat akhir mendapatkan bantuan daripada negeri jiran.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi