Berita Gerakan

DAP lambang nepotisme — Mak Kah Keong

Mac 22, 2021

22 MAC — “Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih” itulah pepatah Melayu yang selayak-layaknya diberikan kepada sikap hipokrit DAP yang kini semakin terserlah.

Kalau dulu DAP sering melaungkan slogan menolak nepotisme terutamanya terhadap bekas kerajaan terdahulu yang kini mungkin mereka akan menjalinkan kerjasama.

Kini terbukti amalan ini menjadi pegangan mereka apabila adik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Lim Hui Ying mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha DAP negeri pada pemilihan jawatankuasa baru parti itu semalam.

Satu benda yang perlu kita fahami ini ialah DAP merupakan parti anak beranak, yang mana seperti yang kita ketahui anak-anak Lim Kit Siang dinaikkan sebagai pemimpin hingga menjadi menteri, senator dan sebagainya.

Memang mengekalkan kerusi adiknya itu nampak bijak dan hebat tetapi tanpa mereka sedar ianya turut mengukuhkan lagi dakwaan amalan nepotisme dalam DAP yang selama ini bertiup kencang.

Malah saya terperanjat apabila beberapa pemimpin DAP yang tidak dipilih sebagai ahli jawatankuasa khususnya Ng Wei Aik.

Adakah disebabkan nama bapa dia bukan ‘Lim’ jadi agak susah untuk diterima oleh ahli parti. Saya pun kurang pasti.

Situasi ini sudah membiak dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dan PKR yang sememangnya sudah menyediakan tempat istimewa buat ahli keluarga mereka dalam parti.

Kalau kita lihat secara umumnya, parti anak-beranak ini mengamalkan nepotisme yang cukup tinggi.

Mereka ini mengambil anak-anak pemimpin tanpa mengambil kira latar belakang dan keadaan semasa parti itu sendiri.

Anti nepotisme bukan setakat slogan tetapi ia harus kelihatan diamalkan.

* Mak Kah Keong adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi