Berita Gerakan

DAP patut henti politikkan isu darurat: Parti Gerakan

Jan 14, 2021

KUALA LUMPUR – Parti DAP diminta berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat Covid-19 atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu fokus dalam usaha membantu memerangi penularan wabak itu dan menjaga kebajikan rakyat, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, tindakan mempertikaikan pengisytiharan darurat oleh segelintir pemimpin DAP, menunjukkan tanda tidak hormat dan tidak setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dominic mendesak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan DAP, kerana satu Jawatankuasa Khas Bebas dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan akan ditubuhkan, bagi memastikan pelaksanaan darurat dilakukan secara adil dan telus.

Beliau turut berkata pakar undang-undang, termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, telah menyambut baik pengisytiharan darurat baru-baru ini sambil menegaskan, tindakan itu sebenarnya boleh dilaksanakan pada tahun lepas semasa kali pertama usul darurat itu dicadangkan pada 26 Oktober 2020. – Bernama

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi