Berita Gerakan

Dasar 4IR Negara ‘GAME CHANGER’ Bagi Anak Muda Malaysia

Jul 10, 2021

Pemuda GERAKAN menyambut baik pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ekonomi) Dato’ Sri Mustapa bin Mohanmed minggu lepas.

Saya menyentuh tentang kenaikan taraf infrastruktur jalur lebar dan transformasi perkhidmatan awam kepada dalam talian yang wajarnya dipercepatkan supaya urusan dengan agensi kerajaan tidak tergendala dalam tempoh Total Lockdown ini.

Saya juga mencadang bahawa selain daripada kelajuan internet melalui teknologi 5G dan fiber optik, kerajaan harus memastikan ekosistem laman sesawang adalah kebal daripada serangan siber untuk memastikan keyakinan pengguna dan supaya maklumat dalam portal kerajaan tidak digodam.

Dasar 4IR Negara diperkenalkan dengan matlamat meningkatkan kesediaan negara dalam memanfaatkan potensi 4IR. Empat teras utama iaitu (1) melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR, (2) membentuk negara yang mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital, (3) menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya disesuaikan dengan perubahan teknologi, dan (4) mempercepat inovasi serta penerimagunaan teknologi 4IR, amat selari dengan matlamat untuk memanfaatkan rakyat dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi