Berita Gerakan

Fokus selesaikan masalah ekonomi, bukan jadi juri, kejar populariti – Gerakan

Jul 6, 2023

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli digesa supaya meletakkan jawatan selepas mengambil keputusan untuk menjadi juri dalam rancangan televisyen iaitu Program Innovathon di Astro.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan),  Datuk G. Parameswaran berkata, penyertaan Rafizi itu dilihat tindakan ‘canggung’ yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri sebelum ini.

“Rafizi sedar atau tidak bahawa beliau adalah seorang menteri, bukannya artis. Kalau Fahmi Fadzil mungkin rakyat tidak bising.

“Sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya fokus dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara bukannya jadi juri dalam program televisyen malah berganding dengan artis terkenal, Fazura” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu beliau mewakili Gerakan mengecam keputusan Rafizi untuk menjadi juri program realiti yang dijadualkan bersiaran 15 Julai ini.

Parameswaran mendakwa, keputusan untuk menjadi juri akan menjejaskan tanggungjawab utama Rafizi sebagai menteri ekonomi akan terjejas.

“Tidak menjadi juri pun ekonomi negara merosot apatah lagi bila terlibat sebagai juri.

“Siapa yang akan buat kerja ekonomi? Adakah perdana menteri selaku menteri kewangan itu mengambil alih?,” soalnya.

Dalam masa yang sama beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memantau menteri dalam Kabinetnya.

“Jangan disebabkan ingin mengejar populariti, ekonomi dan negara tergadai,” tegasnya.

Program Innovathon adalah hasil kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Ekonomi serta Astro.

Program realiti itu akan memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu berteraskan sosioekonomi.

Selain Rafizi, barisan juri tetap program itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan artis terkenal, Fazura bersama 100 juri awam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi