Berita Gerakan

Gangguan air: Sesi persekolahan di Pulau Pinang wajar ditangguhkan

Jan 5, 2024

GEORGE TOWN: Sesi persekolahan di negeri ini wajar ditangguhkan susulan gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang bermula minggu depan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, pihaknya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mencadangkan supaya penangguhan sesi persekolahan dapat dilaksanakan bermula dari 10 Januari sehingga 14 Januari supaya para pelajar tidak mengalami kesukaran.

”Sesi persekolahan perlu ditangguhkan ekoran daripada notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) baru-baru ini.

”Ini kerana air merupakan keperluan asas untuk semua pihak dan masalah gangguan air ini memberi kesan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terutamanya pelajar-pelajar untuk ke sekolah,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Menurut Baljit, selain itu, pihak kerajaan dan pembangkang patut berganding bahu memastikan beban rakyat diringankan pada masa ini agar seluruh kawasan terjejas mendapat bantuan bekalan air yang diperlukan.

“Semua paip yang usang patut digantikan dengan secepat mungkin agar bekalan air tidak mengalami masalah lagi.

“Apa yang diharapkan oleh rakyat negeri ini adalah untuk melihat kesungguhan pihak kerajaan negeri dan pembangkang dalam menyelesaikan masalah rakyat, bukannya mencari alasan untuk mengelakkan diri dengan bermain politik,” katanya. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi