Berita Gerakan

Gerakan bantu B40 menerusi ‘Meja Komuniti’

Mei 12, 2020

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mengagihkan bantuan kepada lebih 100 penerima program Prihatin Rakyat, terutamanya golongan B40, menerusi projek ‘Meja Komuniti’ di ibu pejabat parti itu.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata  antara barang bantuan yang diagihkan kepada orang ramai ialah beras, minyak masak, tepung dan barang-barang kering yang lain.

“Ini (Meja Komuniti) adalah rancangan nasional yang dipromosikan oleh parti Gerakan. Matlamat parti Gerakan ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan orang-orang yang memerlukan bantuan di setiap konstituen seramai mungkin.

“Memandangkan Gerakan mempunyai sumber yang terhad, projek ini dimulakan di ibu pejabat parti Gerakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor sebagai permulaan dan seterusnya berkembang ke negeri lain secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya  projek di ibu pejabat utama Gerakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Oleh kerana cara agihan berkonsepkan ‘first come first served’, pemohon perlu mematuhi syarat. Mereka mesti terdiri daripada warganegara Malaysia, penerima bantuan BSH (Bantuan Sara Hidup) dan hanya layak menerima sekali sahaja untuk setiap orang,” katanya yang berharap matlamat itu mendapat sokongan orang ramai.

Katanya projek itu akan diteruskan sehingga negara pulih daripada COVID-19 bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik itu.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi