Berita Gerakan

Gerakan dakwa bekas IGP lupa undang-undang sedia ada

Mei 6, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mendakwa Tan Sri Abdul Hamid Bador merupakan seorang yang mudah lupa pada undang-undang yang sedia ada.

Menurut Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong, Hamid Bador hanya ingin mencabar undang-undang yang memperuntukan kuasa, tanggungajawab dan peranan Menteri Dalam Negeri khususnya Suruhanjaya Pasukan Polis.

Namun begitu, sekiranya budaya kakitangan Kerajaan terutamanya badan beruniform boleh mencabar undang-undang dengan mengadakan sidang media seperti ini ia akan memberi kesan yang buruk kepada negara. Umpama mencetuskan kontroversi antara masyarakat dengan kerajaan kini.

Bayangkan ATM, SPRM, Bomba , Imigresen dan segala kakitangan kerajaan ‘merajuk’ dengan mengadakan sidang media dengan berpakaian uniform?

Malah menurut Mak, lagi tak masuk akal apabila, Hamid Bador membuat kenyataan bahawa Menteri ingin melantik ‘budak’ dia dalam PDRM dan ini dikatakan sebagai campur tangan politik.

Sekiranya Menteri melantik ‘budak’ dia dari orang luar yang bukan anggota PDRM untuk menjalankan tugas polis, itulah yang dikira campur tangan politik, itu saya akan bantah habis-habisan, menurut Mak.

Tetapi Menteri melantikan seseorang daripada golongan anggota polis sendiri, pelantikan itu adalah sah. Pelantikan adalah sah sama seperti Hamid Bador yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Tegas Mak, apa masalahya kalau memang sah dan takkan rakyat nak panggil Hamid Bador sebagai budak Tun?

Selain itu, Mak memberitahu, ataupun Menteri hanya boleh melantik ‘budak’ Hamid Bador menjalankan tugas dalam PDRM?

Kalau ‘budak’ dia adalah ‘budak’ saya, mungkin diam sahaja tetapi kalau ‘budak’ dia bukan ‘budak’ saya, kena adakah sidang media ke? Ini bukan cara yang betul.

Mak menjelaskan, sekiranya beliau berani mengkritik politik secara terbuka lebih baik letak uniform, sarung baju politik dan masuk gelanggang kita lawan habis-habisan.

Dalam pada itu, Mak berpendapat segala “pendedahan” Hamid Bador tidak membantu apa-apa kecuali menutup kegagalan menangkap Jho Low!

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi