Berita Gerakan

GERAKAN dakwa kerajaan gagal salur subsidi diesel.

Ogo 25, 2024

Gerakan dakwa kerajaan gagal salur subsidi diesel

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendakwa banyak syarikat perniagaan ketika ini tidak mendapat subsidi diesel seperti dijanjikan kerajaan sejak dua bulan lalu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, situasi itu menyebabkan syarikat-syarikat terbabit berdepan cabaran serius dalam meneruskan operasi perniagaan mereka.

Situasi itu juga memberi kesan ketara kepada syarikat-syarikat yang bergantung kepada diesel menyebabkan tekanan ekonomi dan kesukaran pengeluaran yang meluas.

“Sejak Jun lalu, para pemilik perniagaan telah menunggu subsidi diesel yang dijanjikan oleh kerajaan. Pada asalnya subsidi ini bertujuan membantu syarikat-syarikat mengurangkan beban kos diesel.

“Namun kerana kelewatan dalam prosedur pentadbiran dan kelulusan, subsidi ini tidak sampai pada masanya,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dominic, kelewatan itu bukan sahaja menambah beban kewangan kepada pemilik syarikat malah turut menjejaskan keupayaan pengeluaran dan operasi perniagaan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mendakwa golongan penternak juga tidak menerima subsidi seperti dijanjikan kerajaan sejak tujuh bulan lalu bagi menstabilkan bekalan telur ayam di pasaran.

Jelasnya, kegagalan itu bukan sahaja menjejaskan pendapatan penternak, tetapi juga menyebabkan kekurangan bekalan telur yang serius di pasaran.

“Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu pemberian subsidi ini dan memulihkan pendapatan penternak seterusnya memastikan kestabilan bekalan telur di pasaran bagi menangani kebimbangan masyarakat dan pasaran,” katanya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi