Berita Gerakan

GERAKAN fokus bantu PN menang PRU-15

Mac 24, 2021

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) komited membantu Perikatan Nasional (PN) menang dengan majoriti selesa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan bercita-cita menawan kembali Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuatnya.

Susulan itu, Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata Pulau Pinang akan menjadi negeri tumpuan GERAKAN pada PRU-15 kerana negeri itu tempat parti bermula, mencapai kejayaan dan akhirnya jatuh tetapi yakin akan bangkit semula selepas ini.

Beliau berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam perkembangan semasa politik tanah air, tetapi GERAKAN masih relevan dan mampu memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tugas kita (ahli GERAKAN) ialah untuk memastikan parti kekal relevan untuk 53 tahun akan datang dan seterusnya,” katanya berucap pada majlis sambutan ulang tahun parti itu yang ke-53, di Menara PGRM di sini, hari ini.

Selepas lebih setengah abad penubuhannya, GERAKAN yang juga bekas parti komponen Barisan Nasional (BN), ‘tenggelam’ pada PRU-14 dan kini berhasrat bangkit semula menerusi penyertaannya sebagai ahli terbaru PN.

GERAKAN ditubuhkan pada Mac 1968 dengan antara pengasasnya ialah Prof Syed Hussein Alatas dan Tun Dr Lim Chong Eu yang kemudian menjadi presiden pertama parti yang menjadikan usaha membantu rakyat tanpa mengira bangsa sebagai asas perjuangannya.

Pada PRU-14, GERAKAN tewas di semua 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya.

Susulan itu pada 23 Jun 2018, GERAKAN mengumumkan keluar BN dan pada 11 Februari lalu, parti itu secara rasmi diterima menganggotai gabungan PN. – BERNAMA

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi