Berita Gerakan

Gerakan gesa Ahli Parlimen segera manfaat RM300,000 untuk rakyat

Jul 15, 2021

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen digesa menggunakan peruntukan RM300,000 yang diberikan untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan segera.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan.

“Saya minta semua Ahli-ahli Parlimen yang sudah dapat RM300,000 dengan segera memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan, ini yang penting sekarang bukan masanya kita cakap pasal politik.

“Rakyat tengah susah. Sebagai wakil rakyat mestilah bertanggungjawab menjaga rakyat. Dengan secepat mungkin hulurkanlah bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Projek Perumahan Rakyat Beringin, di sini hari ini.

Jelas beliau, ahli politik sepatutnya fokus untuk membantu rakyat bukannya menggerakkan agenda politik semata-mata.

Justeru Dominic menggesa semua ahli politik tidak membangkitkan isu politik pada waktu ini.

“Terutamanya kepada parti-parti politik, ahli politik, ketepikanlah agenda politik. Marilah kita semua fokus memberikan bantuan kepada rakyat,” tambahnya.

Pada 28 Jun yang lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) peruntukan RM300,000 untuk setiap Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Terdahulu Dominic menyerahkan 200 bungkus keperluan asas yang terdiri daripada sayur-sayuran kepada penduduk di PPR Beringin menerusi program Helping Hand yang dikendalikan parti Gerakan.

Katanya, program tersebut merupakan kesinambungan Gerakan membantu gelandangan baru-baru ini di kawasan ibu kota.

“Sekarang rakyat sangat susah terutama akibat ancaman Covid-19 oleh itu sebagai parti politik bertanggungjawab kita sentiasalah beri bantuan,” katanya. -MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi