Berita Gerakan

GERAKAN gesa China hormat kedaulatan ruang udara Malaysia

Jun 3, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) berharap China menghormati kedaulatan ruang udara Malaysia dan diingatkan untuk tidak mencabar keselamatan negara ‘rakan’ mereka.

Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, kejadian 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional tidak harus berlaku serta ia seolah-olah tidak menghormati kedaulatan Malaysia.

“Kalau 1 pesawat salah arah masuk kita boleh terima, walaupun secara praktikalnya tidak boleh, tetapi 16 pesawat menceroboh ruang udara kita itu adalah keterlaluan dan boleh meruntuhkan kepercayaan persahabatan di antara Malaysia dan China.

“Hubungan diplomatik antara dua negara yang berdaulat, kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, tiada siapa yang menjadi “taikor”.

“Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berpendapat, penjelasan jurucakap Kedutaan Besar China di Malaysia yang mendakwa tindakan 16 buah pesawat tentera republik itu memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin lalu sebagai latihan penerbangan biasa adalah tidak dapat diterima.

“Sebelum mengenal pasti taraf Pulau Buatan Spratly di Mahkamah Antarabangsa, saya menyeru Kerajaan China jangan tergesa-gesa melakukan kesilapan diplomatik dan mengancam hubungan baik dengan negara-negara ‘kawan’,” katanya.

Mak juga mengucapkan terima kasih dan menyokong penuh ketegasan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mempertahankan kedaulatan negara.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi