Berita Gerakan

GERAKAN gesa kerajaan perkenal semula MyBrain

Okt 5, 2023

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan semula pemberian biasiswa MyBrain bagi pengajian sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) yang dihentikan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Ketua Penerangannya, Wendy Subramaniam berpandangan skim biasiswa tersebut telah banyak membantu pelajar-pelajar terdiri daripada golongan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran pengajian tinggi dengan bantuan kerajaan.

Menurutnya, inisiatif tersebut dianggap penting bagi rakyat Malaysia kerana mereka akan mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, mencari kepakaran dan juga menduduki kedudukan sosioekonomi lebih baik.

“Mengapa sebelum ini kerajaan memperkenalkan Modul MyBrain pada 2010 adalah untuk melahirkan lebih banyak insan yang dapat menyumbang kepada negara.

“Semasa persidangan di Dewan Negara pada Mac lepas, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal (dilaporkan) berkata, KPT akan mengemukakan permohonan peruntukan menerusi Rolling Plan ke 4 RMK12 untuk memperkenalkan semula program MyBrain15,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wendy yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gerakan sehubungan itu berharap KPT akan berpegang pada janji mereka untuk memperkenalkan semula MyBrain tanpa sebarang alasan yang menyusahkan bakal pelajar.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kerajaan agar tidak membatalkan terus MyBrain, sebaliknya bersifat terbuka dalam mengadakan peluang pendidikan dan kepakaran yang bakal diperoleh oleh golongan terbabit di masa depan.

“Utamakan pendidikan, jangan sesekali berpolitik dalam isu pendidikan”, tambah Wendy.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi