Berita Gerakan

Gerakan gesa Pusat tolak permohonan Pulau Pinang naik tarif air

Mac 17, 2022

GEORGETOWN: Cadangan menaikkan tarif air di Pulau Pinang buat masa ini  tidak wajar kerana majoriti penduduk masih terkesan dan terbeban dari segi kewangan akibat  Covid-19.

Sehubungan itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong menggesa Kerajaan Pusat menolak permohonan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) untuk menaikan tarif air yang akan dikemukakan tahun ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang  sudah beberapa kali menaikkan caj dan tarif air sepanjang 14 tahun mentadbir negeri itu dan kenaikan sekali lagi dalam tempoh terdekat tidak seharusnya berlaku.

“Ekonomi penduduk Pulau Pinang belum pulih, masih ramai yang berdepan dengan impak akibat pandemik Covid-19.

“Dengan mencadangkan kenaikan tarif air ini, adakah kerajaan negeri mahu melihat rakyat terus hidup sengsara?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, PBAPP dilaporkan akan memohon semakan tarif air di Pulau Pinang pada tahun ini untuk meningkatkan dana bagi pelaksanaan projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, permohonan PBAPP akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan tertakluk kepada kelulusan Persekutuan.

Menurut Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Gerakan Pusat, semua pihak khususnya kerajaan negeri ketika ini harus memberi tumpuan dalam memacu pembangunan ekonomi Pulau Pinang.

Tambahnya, selain itu usaha juga perlu diberikan dalam menambah baik serta meningkatkan kehidupan rakyat, bukannya membebankan dan memburukkan lagi situasi yang sedang dihadapi mereka.

“PBAPP mungkin boleh mengemukakan cadangan kenaikan tarif air pada masa yang sesuai, tetapi bukan sekarang,” katanya.- UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi