Berita Gerakan

GERAKAN kecewa cadangan mansuh pencen penjawat awam – Dominic Lau

Jan 31, 2024

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) melahirkan kekecewaan dengan cadangan kerajaan untuk memansuhkan pencen bagi lantikan penjawat awam baharu berstatus tetap.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau dalam kenyataan di Facebook, menyifatkan keputusan itu adalah hala tuju yang salah daripada kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebenarnya tindakan ini untuk menutup ketidakcekapan dan kegagalan beliau (Perdana Menteri) dalam mentadbir negara.

“Saya mengingatkan Anwar Ibrahim untuk tidak lupa pengorbanan dan kerja-keras kakitangan kerajaan yang menjaga rakyat serta negara daripada wabak COVID-19 terus merebak.

“Kerajaan Madani hari ini tidak seharusnya menyentuh kakitangan awam kerana mereka banyak menabur jasa dan juga barisan hadapan sekiranya negara mengalami krisis dari segi kesihatan atau ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Dominic berkata, pihaknya bersetuju dengan kenyataan CUEPACS yang menyatakan pencen perlu dikekalkan kerana gaji pokok kakitangan awam sangat rendah.

“Pada masa sama, GERAKAN menyokong untuk Madani menghapuskan pencen bagi Ahli Parlimen atau seumpamanya,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Katanya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi