Berita Gerakan

Gerakan kritik infografik J-Kom

Jul 15, 2023

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan infografik berkaitan perbelanjaan dapur dihasilkan Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Perdana Menteri (J-Kom) tidak masuk akal.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran berkata, infografik berkaitan isi rumah bersama dua anak yang dikatakan mampu untuk menampung perbelanjaan dapur pada kadar RM391 sebulan itu turut mendapat sindiran dan kritikan ramai.

“Jumlah RM391 tersebut hanya untuk menampung barang-barang keperluan sekeluarga (empat orang) dan bukan keseluruhan senarai runcit.

“Perkara yang disenaraikan dalam infografik berkenaan adalah tidak logik sekiranya ia merupakan senarai pembelian sekeluarga yang terdiri daripada empat orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Parameswaran, bukan itu sahaja, Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff turut tampil pada Khamis dengan mengakui terdapat kesalahan.

“Kalau dah tahu terdapat kesalahan, kenapa tak periksa dahulu sebelum menyiarkan kepada seluruh Malaysia.

“Sebagai Ketua Pengarah J-Kom, Agus Yusuff perlulah profesional dalam membuat percaturan dan tidak sepatutnya membuat kesalahan,” tegasnya.

Beliau turut mencadangkan J-Kom agar membuat pengiraan secara dengan terperinci mengenai perbelanjaan barang dapur dengan memantau di semua pasar raya serta gerai-gerai bagi memastikan harga sebenar, bukannya secara umum sahaja.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi